Cara Mohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara Pendidikan Islam Ambilan Tahun 2021

598

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi , berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang(PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam.

Dapatkan keterangan program seperti syarat permohonan dan cara memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan untuk Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam adalah pada:

  • 15 April 2021

INFO RINGKAS PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM

Untuk pengetahuan anda, Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam akan mengikuti pengajian di univerisiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selama 4 tahun.

Setelah tamat pengajian ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama 1 tahun.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

Syarat dan kelayakan asan yang ditetapkan untuk permohonan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM.
  3. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2021.
  4. Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon SPM Tahun 2020.
  6. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

Cara Mohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara Pendidikan Islam Ambilan Tahun 2021

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Calon yang tidak layak memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam ialah:

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Klik pada ikon seperti nombor 1 untuk DAFTAR PERMOHONAN BAHARU.

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Hantar permohonan yang telah disahkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu sebelum 15 April 2021.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan pengesahan.

INFOGRAFIK PROSEDUR PERMOHONAN PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam, sila hubungi:

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
    (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
  • Telefon: 03-8312 6720/6693/6731/6760/6733
  • Emel: [email protected]
  • Facebook IPG-KPM
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...