Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

1,822

Rakyat negeri Perak dari golongan B40 dan M40 yang ingin memiliki rumah sendiri boleh membuat permohonan melalui Rumah Perakku secara online.

Inisiatif ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan rakyatnya mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga mempelawa rakyatnya yang ingin memiliki rumah sendiri untuk membuat permohonan dengan harga rumah semurah RM60,000 seunit denganharga yang sangat berpatutan.

Rujuk: RM60,000 Dah Boleh Miliki Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan. Ini Cara Mohon

INFO RINGKAS RUMAH PERAKKU

Program Rumah Perakku adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan negeri Perak untuk membantu penduduk negeri Perak yang memang masih belum mempunyai sebarang rumah kediaman.

Antara objektif utama skim bantuan perumahan ni adalah untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

HARGA RUMAH PROGRAM RUMAH PERAKKU

Harga bagi setiap rumah di bawah Program Rumah Perakku adalah seperti berikut:

Rumah Kos Rendah

  • RM70,000 – RM90,000

Rumah Kos Sederhana

  • RM70,001 – RM180,000

Rumah Perakku Mesra Milik

  • RM140,001 – RM250,000

SYARAT PERMOHONAN RUMAH PERAKKU

Semak syarat permohonan Rumah Perakku sebelum membuat permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  • Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)

CARA MOHON RUMAH PERAKKU

Untuk membuat permohonan Rumah Perakku, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

  • Klik PENDAFTARAN BARU.
  • Isi borang permohonan Program Rumah Perakku dengan lengkap dan betul dan klik PERAKUAN PEMOHON.

Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

MAKLUMAN/PERINGATAN PENTING

Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.
Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai mengunakan komputer bukan telefon pintar.

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN RUMAH PERAKKU

Pastikan untuk sertakan bersama dokumen sokkongan yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan pasangan
  2. Salinan sijil nikah / daftar perkahwinan
  3. Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan (MyKid) anak-anak dan lain-lain tanggungan
  4. Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  5. Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan pasangan
  6. Surat pengesahan dan perakuan pendapatan bulanan pemohon dan pasangan dari Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah (untuk yang bekerja sendiri)
  7. Sekeping gambar warna terbaru ukuran pasport

CONTOH RUMAH PERAKKU

Sebelum membuat permohonan, anda boleh lihat dulu contoh Rumah Perakku seperti dibawah:

Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

Untuk contoh seterusnya, sila dapatkan di: http://lphp.perak.gov.my/projek_perakku.php

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Rumah Perakku, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...