Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

225

Rakyat Malaysia menunggu berita yang menggembirakan iaitu agar dapat merentas negeri namun pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) telah menghancurkan seluruh harapan.

Hal ini kerana kerajaan mengekalkan 6 negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 April 2021.

Namun, kerajaan membenarkan operasi Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan Solat Tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.

Rujuk: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

6 NEGERI KEKAL PKPB

Antara 6 negeri yang kekal PKPB ialah:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Johor
  • Pulau Pinang
  • Sarawak

Bermula 1 April hingga 14 April bagi negeri Semenanjung dan hingga 12 April untuk Sarawak.

Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

10 NEGERI KEKAL PKPP

Kerajaan juga mengekalkan status PKPP di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan iaitu:

  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Putrajaya
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sabah
  • Labuan

Tarikh pelaksanaan PKPP ialah bermula 1 April hingga 14 April 2021.

Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

PERGERAKAN RENTAS NEGERI & RENTAS DAERAH

Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.
Pergerakan rentas daerah dibenarkan di semua negeri PKPB dan PKPP kecuali Sabah dan Sarawak kerana ia bergantung keputusan kerajaan negeri,

SOP OPERASI BAZAR RAMADAN & AIDILFITRI

Nak pergi Bazar Ramadan dan Aidilfitri sepanjang Ramadan kali ini? Rujuk SOP operasi berikut sebelum anda ke Bazar Ramadan dan Aidilfitri:

Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai SOP sepanjang tempoh PKPP dan PKPB di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...