Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2021/2023, Institut Pertanian Sarawak, Semongok

4,863

Institut Pertanian Sarawak dengan sukacitanya membuka tawaran Program Sijil Pertanian Malaysia bagi Sesi 2021/2023, Institut Pertanian Sarawak, Semongok bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian.

Untuk pengetahuan anda juga, Sesi Pengajian Pelajar Baharu Sesi 2021/2023 akan dilaksanakan pada 02 Ogos 2021.

Permohonan adalah secara online dan melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di App Store, Google Play dan Huawei App Galery.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

INFO RINGKAS INSTITUT PERTANIAN SARAWAK

Institut Pertanian Sarawak, Semengok telah ditubuhkan pada tahun 1983, Ia merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Pertanian Sarawak yang kompeten dan berpengalaman luas dalam bidang latihan, khususnya dalam pengeluaran modal insan untuk sektor pertanian dan perladangan.

Institut ini menawarkan latihan teknikal yang berkualiti dalam pelbagai aspek pertanian, meliputi bidang pengurusan dan teknologi pengeluaran tanaman, memproses hasil pertanian, ternakan, perladangan, mekanisasi ladang dan landskap. Perkhidmatan latihan ini terbuka kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan.

Sijil yang ditawarkan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA SESI 2021/2023

Tarikh permohonan untuk Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2021/2023 adalah:

  • 15 Februari 2021 hingga 31 Mac 2021

SYARAT PERMOHONAN

Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun pada masa program bermula.
  • Berkelulusan SPM atau yang setaraf dengannya.
  • Berjaya dalam temuduga.
  • Belum berkahwin.
  • Keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang pertanian.

CARA MOHON PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA SESI 2021/2023

Anda boleh membuat permohonan secara online di:

Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2021/2023, Institut Pertanian Sarawak, Semongok

  • Klik ONLINE APPLICATION & klik APPLY NOW
  • Isikan maklumat dengan betul, jelas dan tepat.

Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2021/2023, Institut Pertanian Sarawak, Semongok

  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Anda juga boleh memuat turun borang di Pejabat Pertanian Bahagian/Daerah berdekatan atau klik disini.

BORANG PERMOHONAN

Nota:

  1. Sila isikan butir-butir dengan jelas dalam ruangan yang disediakan. Isi dalam satu (1) salinan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
  2. Hanya salinan Kad Pengenalan dan Sijil SPM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan sahaja yang perlu disertakan. Salinan yang tidak disahkan tidak akan diterima.
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada tarikh tutup.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2021/2023, sila hubungi pegawai berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...