Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Skim Perantisan Nasional (SPN). Gaji RM1,200 Ke Atas, Program Jaminan Pekerjaan Kolaborasi Rentas Kementerian

5,532

Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran anda sebelum bekerja dalam bidang yang anda minati? Mungkin ada sebahagian dari anda yang ingin meningkatkan kemahiran serta kebolehan yang diinginkan oleh majikan pada masa kini, inilah masanya yang sesuai untuk anda.

Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan satu program yang dinamakan Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19.

OBJEKTIF PROGRAM SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)

Antara objektif program Skim Perantisan Nasional ialah:

  • Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training.
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Baca juga: Program Rebat Bil Elektrik RM40. Ini Cara Semakan Kelayakan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)

Semak dahulu syarat kelayakan permohonan Program Skim Perantisan Nasional seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Memiliki kelulusan lepasan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  • Tiada rekod jenayah.
  • Tidak bankrap.
  • Sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.

Klik disini untuk membuat permohonan:

PERMOHONAN

Cara Mohon Program Skim Perantisan Nasional (SPN). Program Jaminan Pekerjaan Kolaborasi Rentas Kementerian

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik SETERUSNYA.
  • Setelah borang diisi dengan lengkap, tunggu emel penerimaan permohonan anda dan seterusnya tunggu panggilan untuk menyertai program.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan anda dengan memuat naik dokumen berikut:

  • Gambar berukuran passport dalam bentuk jpeg,jpg dan png sahaja.
  • Resume yang terkini dalam bentuk doc dan pdf sahaja.

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Skim Perantisan Nasional, sila hubungi:

  • Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
    Kementerian Belia dan Sukan
    Aras 11, Menara KBS
    No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
    62570 Putrajaya
  • Telefon : 03-8871 3265
  • Emel : [email protected] | [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...