Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Subsidi Upah PSU 3.0 Dilanjutkan 3 Bulan Lagi & Permohonan Dibuka 1 Januari 2021

3,271

PERKESO telah menyatakan bahawa Program Subsidi Upah (PSU 3.0) akan dilanjutkan bagi tahun 2021 mengikut pembentangan Belanjawan 2021 selama 3 bulan lagi dan permohonan akan dibuka bermula 1 Januari 2021.

Namun PSU 3.0 ini akan dilaksanakan secara bersasar dan terhad bagi perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja dimana peruntukan kali ini adalah sebanyak RM1.5 bilion untuk pelaksanaannya.

Dapatkan info selanjutnya mengenai PSU 3.0 serta maklumat lanjut PSU 2.0 yang pernah dilaksanakan dahulu disini.

INFO RINGKAS PSU 3.0

Seperti sedia maklum, PERKESO telah memperkenalkan PSU 1.0 dan PSU 2.0 seterusnya dilanjutkan dengan PSU 3.0 untuk membantu majikan yang mempunyai masalah kewangan sepanjang pandemik Covid-19.

Ia juga bertujuan agar majikan dan syarikat meneruskan operasi seterusnya mengelakkan pekerja hilang pekerjaan juga punca pendapatan untuk menyara ahli keluarga.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Tarikh permohonan Program Subsidi Upah 3.0 ialah:

  • 1 Januari 2021

Tarikh tutup permohonan Program Subsidi Upah 3.0 ialah:

  • 30 Jun 2021

Program Subsidi Upah PSU 3.0 Dilanjutkan 3 Bulan Lagi & Permohonan Dibuka 1 Januari 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Syarat kelayakan bagi majikan untuk memohon PSU 3.0 dan faedah yang akan diterima adalah seperti lampiran di bawah :

Program Subsidi Upah PSU 3.0 Dilanjutkan 3 Bulan Lagi & Permohonan Dibuka 1 Januari 2021

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 3.0, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Majikan hendaklah mengemukakan permohonan PSU secara online di prihatin.perkeso.gov.my
  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Untuk membuat permohonan PSU 3.0, dokumen penting yang diperlukan ialah :

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan) dengan menggunakan format Microsoft Excel yang disediakan.
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.
Nota: Akuan Pengisytiharan PSU 3.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0?

Mereka yang tidak layak memohon PSU 3.0 ialah :

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020.
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive).
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers.
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai PSU 3.0 PERKESO dengan menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di:

  • 1 300 22 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...