Pengambilan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021

151

Bagi ibu bapa yang ingin menempatkan anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 1 pada tahun hadapan ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor, boleh membuat permohonan penempatan mulai 1 Disember ini.

Program ini bertujuan:

  • Membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.
  • Pelajar-pelajar ini juga diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

TARIKH PENTING PERMOHONAN

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan penempatan murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan:

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Disember 2020
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 14 Disember 2020
  • Tarikh Akhir Hantar Dokumen: 21 Disember 2020

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Jika anda ingin menempatkan anak-anak ke sekolah Rancangan Khas Pendidikan, syarat kelayakan yang perlu anda penuhi ialah:

  • Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  • Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan untuk pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  • Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Terdapat 2 jenis kaedah untuk membuat permohonan untuk penempatan murid Tingkatan1 ini iaitu:

1. ONLINE

  • Isi borang permohonan secara ONLINE dan UPLOAD dokumen yang diperlukan sebelum 14 Disember 2020.
  • Cetak dan hantar borang berserta dokumen yang lengkap & disahkan selewat-lewatnya pada 21 Disember 2020.

2. MANUAL

  • Isi borang yang DOWNLOAD di laman web Yayasan Selangor.
  • Hantar borang berserta dokumen yang lengkap & disahkan sebelum atau pada 21 Disember 2020.

BORANG YANG PERLU DIISI

Antara borang yang perlu diisi ialah:

  • Borang Permohonan Tingkatan 1 2021 (ONLINE): Dibuka pada 1 Disember 2020
  • Borang Permohonan Tingkatan 1 2021 (DOWNLOAD): Dibuka pada 1 Disember 2020
  • Borang Pengesahan Pemastautin
  • Borang Pengesahan Pendapatan

1 Disember Ini Penempatan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021. Semak Kelayakan Permohonan Disini

SENARAI SEKOLAH & ASRAMA PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Pemohon boleh memilih mana-mana sekolah yang menyediakan penempatan murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan seperti yang disediakan seperti berikut:

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

1 ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
  • Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) dan Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK).

Persekolahan Pelajar Asrama Pusat

Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

AYSSB

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)

AYSK

  • SMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)
  • SMK Convent, Klang (Perempuan)
  • SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)
  • SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)

2 ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.

Asrama Daerah di Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan terdiri daripada :

i) Daerah Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)
  • SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bagan Terap (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)

ii) Daerah Kuala Selangor

  • SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Pengkalan Permatang (Lelaki / Perempuan)

iii) Daerah Hulu Selangor

  • SMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki / Perempuan)

iv) Daerah Petaling

  • SMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Shah Alam (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Tinggi Kajang (Lelaki)

v) Daerah Hulu Langat

  • SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) (Lelaki / Perempuan)

vi) Daerah Kuala Langat

  • SMK Telok Panglima Garang ( Lelaki / Perempuan)
  • SMK Banting (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bukit Changgang (Lelaki / Perempuan)

x) Daerah Sepang

  • SMK Seri Sepang (Lelaki / Perempuan)

xi) Wilayah Persekutuan

  • SMK Victoria (lelaki sahaja)

3 TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH

  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.

Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :

SELANGOR

  • SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)
  • SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)
  • SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

  • SMK Aminuddin Baki (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Seri Bintang Utara (Lelaki / Perempuan)

1 Disember Ini Penempatan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021. Semak Kelayakan Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penempatan Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan, sila hubungi:

  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor Tingkat 17,
    Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor
  • Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
  • Faks : 03-7954 1790 / 1862
  • Email : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...