Permohonan BR1M Anda Tak Lulus Disebabkan Oleh Status Perkahwinan Perlu Pengesahan ~ Ini Cara Untuk Anda Buat Rayuan

0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan sebuah langkah bijak yang diambil oleh kerajaan dalam mengagihkan hasil kekayaan negara kepada rakyat. BR1M juga telah terbukti mampu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Permohonan BR1M telah lama dibuka untuk yang layak memohon dan keputusan permohonan juga sudah diketahui. Tahniah bagi anda yang berjaya menerima bantuan kerajaan ini. Bagi anda yang permohonannya tidak lulus, anda tidak perlu risau. Anda masih berpeluang membuat permohonan rayuan bagi mendapatkan bantuan ini.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BR1M

Pada tahun lepas (2017), tarikh rayuan bagi pemohon yang tidak berjaya adalah dari 3 April sehingga 31 Mei. Tarikh permohonan rayuan tahun ini pula  akan dibuka pada awal bulan April. Tempoh permohonan rayuan tersebut adalah seperti berikut.

  • Tarikh Permohonan Rayuan: 2 April 2018 – 31 Mei 2018

BAGAIMANA HENDAK BUAT PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018

Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan ini tidak boleh dibuat secara online. Rayuan hanya boleh dibuat secara manual dengan mendapatkan borang rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anda perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan anda juga perlu menyertakan beberapa dokumen berkaitan sebagai sokongan.

Borang yang telah anda isi dan dokumen-dokumen berkaitan tersebut haruslah anda hantar ke LHDN semula. Selain LHDN, anda juga boleh menghantar borang serta dokumen berkaitan tersebut ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada tarikh yang telah dinyatakan di atas.

PERMOHONAN TAK LULUS DISEBABKAN STATUS PERKAHWINAN PERLU PENGESAHAN

Permohonan BR1M Anda Tak Lulus Disebabkan Oleh Status Perkahwinan Perlu Pengesahan ~ Ini Cara Untuk Anda Buat Rayuan

Terdapat permohonan BR1M 2018 yang ditolak permohonan disebabkan oleh alasan “Status Perkahwinan Perlu Pengesahan”. Jadi jika anda salah seorang penerima BR1M yang ditolak permohonan disebabkan alasan di atas maka anda masih boleh membuat rayuan permohonan anda nanti.

Namun pastikan anda sediakan dokumen-dokumen di bawah terlebih dahulu.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Kemukakan Rayuan Status Perkahwinan Perlu Pengesahan

  1. Salinan IC pemohon, pasangan dan anak.
  2. Sijil nikah
  3. Slip Gaji 3 Bulan terkini, atau,
  4. Surat Pengesahan Pendapatan (Cop JKK/JPP/Wakil Rakyat/Penghulu atau Ketua Kawasan)

Untuk membuat rayuan, pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan di atas sebelum anda ke mana-mana cawangan LHDN. Jika dokumen di atas tidak lengkap permohonan anda masih lagi tidak akan diterima.

JADUAL OPERASI KAUNTER BR1M

Anda perlu mengetahui bila waktu kaunter BR1M beroperasi untuk anda hantar semula borang rayuan bagi memudahkan anda. Kaunter BR1M ini akan dibuka pada hari bekerja.

Kaunter akan ditutup ketika cuti umum seperti Hari Keputeraan Sultan bagi negeri masing-masing, hari perayaan dan sebagainya. Berikut merupakan jadual waktu operasi LHDN di seluruh negeri di Malaysia.

Cara-cara Permohonan Rayuan BR1M

Comments
Loading...