Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

1MPAK MARA, Inisiatif Kerajaan Pelbagai Faedah Buat Golongan Berpendapatan Rendah

0 1,656

Berita baik buat golongan berpendapatan rendah di negara ini. Kerajaan sekali lagi menunjukkan keprihatinan dan membuktikan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak dipinggirkan sama sekali.

Satu lagi program yang memberikan pelbagai faedah kepada rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah yang diberi nama Program 1MPAK telah dilancarkan oleh kerajaan. 1MPAK merupakan nama singkatan kepada Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti.

impak 5

Untuk pengetahuan anda, Program 1MPAK ini dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui MARA bagi tujuan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk yang menetap di kawasan luar bandar dengan cara membuka peluang pekerjaan, pendidikan, pembiayaan, keusahawanan dan macam-macam lagi.

Pelbagai program yang dijalankan di bawah 1MPAK. Kerajaan telah menyasarkan empat bidang untuk difokuskan. Program-program yang disediakan juga adalah berdasarkan empat bidang ini. Bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut:

  • Pendidikan
  • Pekerjaan
  • Keusahawanan
  • Pengukuhan tanggungjawab sosial korporat

Uniknya, dalam program 1MPAK ini, Kementerian akan turun padang sendiri untuk bertemu dengan golongan sasaran dan menawarkan kepada mereka program ini. Ini bermakna program 1MPAK tidak melibatkan orang tengah.

Hal ini akan menyebabkan golongan sasaran berasa lebih yakin dengan kerajaan kerana turun padang sendiri berjumpa mereka. Selain itu, tiada penyelewengan akan berlaku kerana program ini hanya melibatkan pihak kerajaan dan golongan sasaran.

OBJEKTIF PROGRAM 1MPAK

Objektif atau tujuan utama Program 1MPAK ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka melalui pelbagai program yang telah dirancangkan.

Selain itu, 1MPAK juga mampu membantu penduduk luar bandar melalui peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mengisi permintaan industri pekerjaan terutama sekali golongan belia.

Tujuan lain pihak kerajaan melaksanakan 1MPAK adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan membuka peluang pelaburan untuk tujuan meningkatkan ekonomi tempatan yang sekaligus mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk-penduduk luar bandar itu sendiri.

Di samping itu, melalui 1MPAK, pihak kerajaan dan pihak MARA turut berhasrat menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab dalam diri penuntut IPT terutama penuntut MARA dengan cara mengadakan program inisiatif sosial korporat.

Melalui program ini, pelajar IPT terutama yang berada di bawah MARA seperti GiatMARA, akan turun padang untuk memberikan perkhidmatan seperti perkhidmatan membaiki motosikal percuma kepada masyarakat

INDIVIDU- INDIVIDU YANG LAYAK MENDAFTAR 1MPAK

  • Warganegara Malaysia
  • Seorang pelajar IPT yang mencari peluang pembiayaan untuk belajar.
  • Lepasan sekolah di luar bandar yang sedang mencari peluang latihan dan pekerjaan
  • Usahawan atau individu yang mencari peluang perniagaan atau maklumat pembiayaan keusahawanan.
  • Pemain industri yang mencari pekerja yang berkemahiran tinggi.

PROGRAM-PROGRAM DITAWARKAN DI BAWAH 1MPAK

Pelbagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan di bawah 1MPAK bagi tujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

  • Program Keusahawanan. (Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perniagaan)
  • Program Pendidikan dan peluang Pekerjaan (Anda boleh mengisi permohonan Perantis Malaysia untuk mencari pekerjaan dan mengisi permohonan untuk masuk ke institusi di bawah MARA. Amat sesuai untuk anda yang mencari kerja dan ingin menyambung pengajian.)

CARA-CARA MENDAFTAR PROGRAM 1MPAK

1.) Layari laman web rasmi 1MPAK. Anda boleh klik link berikut:

2.) Klik pautan Daftar akaun baru
impak 2

3.) Isi maklumat yang diperlukan dengan betul
impak 3

4.) Setelah siap mengisi, tekan butang hantar. Anda telah berjaya mendaftar. Segala iklan atau hebahan berkenaan program 1MPAK akan dihantar terus kepada emel anda.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN 1MPAK

Untuk pengetahuan anda, kerajaan sedang menjalankan program Jelajah 1MPAK di mana Karnival Jelajah 1MPAK ini akan dijalankan di setiap negeri di Malaysia untuk menerangkan kepada masyarakat tentang program ini di samping memilih calon sasaran yang berminat.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi sendiri ke Karnival Jelajah 1MPAK ini. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh juga layari laman web rasmi 1MPAK di link berikut:

impak last

Sesungguhnya 1MPAK merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan luar bandar dan berpendapatan rendah. Anda tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan manfaat daripada program kerajaan ini!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...