Kerjaya

Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & Bawa Dokumen Ini Ya

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

18 December 2020
2 min baca
Isi Kandungan

Tahu atau tidak bahawa anda boleh memperbaharui lesen memandu di mana-mana Pejabat Pos diseluruh Malaysia dan jangan lupa membawa dokumen sokongan yang diperlukan untuk perbaharui lesen anda.

Malahan, urusan perbaharui lesen memandu di pejabat pos lebih cepat dan mudah berbanding di tempat lain sekiranya anda tidak gemar untuk renew secara online. Lagipun, bukan semua orang selesa dan cekap untuk renew lesen memandu secara online.

Dapatkan senarai dokumen yang perlu dibawa ketika renew lesen memandu di Pejabat Pos serta cara-caranya melalui perkongsian ini.

SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS

Syarat yang ditetapkan sangat mudah. Antara syarat tersebut ialah:

  • Tidak disenaraihitamkan / Blacklist
  • Tempoh renew lesen adalah 1 hingga 5 tahun sahaja

JENIS LESEN MEMANDU YANG BOLEH DI RENEW DI PEJABAT POS

Lesen memandu yang boleh di renew di pejabat pos ialah:

  • Lesen LDL
  • Lesen CDL

Lesen memandu yang tidak disenarai di atas perlu di renew di kaunter JPJ yang berdekatan dengan anda.

Anda juga boleh renew lesen memandu anda di UTC serta secara online di MyEG.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK RENEW LESEN DI PEJABAT POS

Sebarang urusan renew lesen memandu di pejabat pos, anda hanya perlu membawa dokumen ini sahaja:

  • Kad pengenalan anda
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen bagi renew kali pertama

HARGA BAYARAN RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS

Harga bayaran renew lesen memandu yang akan dikenakan kepada anda ialah:

  • RM2.00 / Tahun: Kelas A/A1
  • RM20.00 / Tahun: Kelas B2, B & C
  • RM30.00 / Tahun (WARGANEGARA): Kelas D & ke atas
  • RM120.00 / Tahun (BUKAN WARGANEGARA): Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I
  • RM20.00 / 3 Bulan, RM40.00 / 6 Bulan: Lesen LDL Kelas B & C
  • RM30.00 / 3 Bulan, RM60 / 6 Bulan: Lesen LDL Kelas D & ke atas
Nota: RM2.00 caj servis renew lesen memandu di Pejabat Pos.
Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & Bawa Dokumen Ini Ya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai urusan berkaitan lesen memandu di:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.