Renew SSM Online di ezBiz, BSN Dan Bank Rakyat. Ikuti Cara Yang Dikongsikan Ini

849

Terdapat pelbagai cara untuk renew SSM iaitu secara online sama ada melalui ezBiz, BSN atau bank Rakyat. Anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memperbaharui lesen perniagaan anda dan lakukan secara online sahaja.

Jangan biarkan lesen perniagaan anda tamat tempoh begitu sahaja kerana jika dibiarkan SSM anda tamat tempoh selama 1 tahun, anda tidak boleh perbaharuainya lagi. Rugi, kan?

PENGECUALIAN KOMPAUN KELEWATAN RENEW PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Sepanjanh pandemik Covid-19 dan arahan PKPB / PKPD, pengecualian kompaun atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan akan diberikan kepada perniagaan yang tamat tempoh mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 ini.

SYARAT RENEW SSM ONLINE EZBIZ & KAUNTER BSN / BANK RAKYAT

  • Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

CARA RENEW SSM ONLINE MELALUI EZBIZ

Untuk renew SSM online melalui ezBIZ ialah:

Renew SSM Online di ezBiz, BSN Dan Bak Rakyat. Ikuti Cara Yang Dikongsikan Ini

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh seperti di dalam kad pengenalan anda.
  • Buat pengesahan dengan hadir ke pejabat SSM atau emelkan permohonan pengaktifan ID dengan melampirkan dokumen wajib ke alamat emel berikut: [email protected]
  • Login semula dan renew SSM anda secara online.
  • Klik bahagian MY BUSINESS SERVICE.
  • Pilih RENEWAL BY OWNERS.
  • Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  • Klik di simbol ACTION untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  • Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1).
  • Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  • Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  • Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.
Nota: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

CARA RENEW SSM SECARA MANUAL DI KAUNTER SSM, BSN & BANK RAKYAT

Jika anda berminat untuk renew SSM anda secara manual di kaunter SSM,  pastikan anda membuat temujanji dulu.

Dapatkan borang temujanji disini.

DOWNLOAD BORANG TEMUJANJI

Seterusnya anda hanya ikuti arahan semasa di kaunter dan terus renew SSM anda seterusnya membuat pembayaran sama ada di kaunter SSM, BSN dan Bank Rakyat.

Renew SSM Online di ezBiz, BSN Dan Bak Rakyat. Ikuti Cara Yang Dikongsikan Ini

DOKUMEN SOKONGAN RENEW SSM

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk renew SSM anda:

  • Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Gambar pemohon bersama kad pengenalan yang dipegang di paras leher.
  • Pastikan gambar mempunyai resolusi tinggi agar perincian di kad pengenalan adalah jelas.
  • Pemohon adalah dinasihatkan mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding kosong.
  • Lain-lain dokumen rasmi seperti lesen memandu / passport / sijil lahir / sijil nikah / apa-apa bil atas nama sendiri / lain-lain dokumen rasmi yang dirasakan sesuai.

HARGA RENEW SSM ONLINE EZBIZ, BSN & BANK RAKYAT

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • RM30.00 : Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri
    seperti di kad pengenalan
  • RM60.00: Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
    menggunakan nama tred
  • RM5.00 Setiap cawangan : Pendaftaran cawangan
  • RM10.00 : Cetakan Maklumat Perniagaan

INFO LANJUT

Untuk dapatkan info selanjutnya mengenai renew SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...