Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Resepi Viral Singgang Ikan COVID-19. Mudah Buat, Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti

1,106

Maksud Singgang

Maksud Singgang ialah masakan (ikan dan lain-lain) yang direbus dan digarami sahaja. Tanpa ada santan.
Jadi, menu singgang ikan adalah satu menu yang sihat untuk kita nikmati sekarang ini.
Tetapi awas dan berhati-hati kerana ia akan bertukar menjadi menu tidak sihat kerana makan nasi akan bertambah-tambah disedari.

Resepi Dan Bahan

Bahan-bahan:
  1. Ikan – tongkol, tenggiri, selar, kembung (Ikut citarasa anda).
  2. Bawang putih
  3. Asam Keping
  4. Kunyit hidup lebih sedap (jika tiada boleh gunakan kunyit serbuk)
  5. Lengkuas.
  6. Serai
  7. Cili (untuk rasa pedas)

bahansinggang

Cara-cara memasak:

  • Siang dan cuci ikan.
  • Masukkan air ke dalam periuk.
  • Masukkan semua bahan tadi.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Tunggu sehingga mendidih
  • Siap.

singgang kepala ikan 5

Mudahkan cara membuatnya.

Tak perlu mengetuk, tak perlu menumis cuma rebus dan siap untuk menjamu selera bersama budu dan ulaman.

Selamat Mencuba.

Sumber : Huda Hazrif ,Amie’s Little Kitchen & Fiza’s Cooking

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...