Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Adakah Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Akan Mengganggu Rekod CCRIS Anda? Baca Ni

2,093

Penangguhan Pembayaran PTPTN

Umum mengetahui bahawa sepanjang tempoh getir akibat penularan wabak Covid-19 ini, pelbagai pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman pembelian kereta, pinjaman pembelian rumah dan pinjaman pembiayaan perniagaan telah pun diberi moratorium atau penangguhan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini termasuk juga dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). PIhak PTPTN turut diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk meringankan beban peminjam dengan membenarkan penangguhan bayaran balik selama enam (6) bulan bermula 19 Mac 2020.

ptptn1

Adakah saya perlu membuat pembatalan potongan gaji / potongan sedia ada?

Tidak perlu, kerana potongan gaji / potongan terus sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam.

Namun, jika peminjam ingin meneruskan pemotongan hendaklah memohon melalui portal rasmi PTPN iaitu di www.ptptn.gov/covid-19 bermula 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

CCRIS

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda.

Rekod CCRIS termasuklah:

  1. Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit dan PTPTN. 
  2. Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan.
  3. Sebarang pinjaman Special Attention atau pinjaman di bawah pemerhatian bank.
  4. Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula.ccris

Tangguh Bayar Adakah Mengganggu Rekod CCRIS?

Jika sebelum ini, sekiranya anda mempunyai pinjaman dan tidak membuat bayaran seperti yang dipersetujui, ia akan memburukkan rekod CCRIS anda.

Hal ini kerana ia melibatkan perjanjian anda dengan pihak bank atau pihak PTPTN yang telah merekod pembayaran anda secara bulanan.

Namun bagi hal ini, rekod CCRIS anda tidak mempunyai gangguan kerana tempoh penangguhan di anggap di dalam tempoh moratorium.

Adakah penstrukturan semula pinjaman yang dilakukan selepas penangguhan bayaran balik COVID-19 akan memberikan kesan kepada rekod peminjam di CCRIS?

Penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.

Pernyataan PTPTN Mengenai CCRIS.

ptptnfb

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang soalan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan PTPTN, sila hubungi :

ptptnfaq

Sumber : 

  • PTPTN
  • CCRIS
  • BNM
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...