Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

443

Terkini, bayaran balik pinjaman dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh dilakukan menerusi empat saluran pembayaran baharu secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai.

Dengan adanya 4 saluran bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN, orang ramai tidak perlu lagi bersesak untuk meneruskan urusan di kaunter sekaligus megurangkan kadar jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang ini.

Apakah 4 saluran bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN yang telah dilancarkan untuk kemudahan orang ramai tersebut?

TUJUAN 4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN DIPERKENALKAN

Tujuan utama 4 saluran pembayaran baharu PTPTN ini diperkenalkan adalah:

  • Membantu masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan dapat menyimpan dalam SSPN secara konsisten tanpa perlu keluar rumah untuk ke kaunter PTPTN.
  • Pendekatan bayaran secara dalam talian ini juga sebahagian usaha ke arah pendigitalan PTPTN secara menyeluruh bagi penyampaian perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (end to end).

Baca juga: Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Ini Cara Buat Semakan

4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN SECARA ONLINE

Antara 4 saluran pembayaran baharu PTPTN secara online adalah:

  • Shopee
  • kiplePay
  • BESTPay
  • KelantanPAY

Kerjasama strategik PTPTN dengan empat penyedia saluran bayaran secara dalam talian itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari.

Secara tidak langsung ia juga dapat membantu menguragkan rantaian Covid-19 kerana kaedah bayaran secara dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik untuk diadaptasi oleh orang ramai ketika ini.

KEMPEN CLICK, PAY & EARN

PTPTN juga turut mengadakan kempen Click, Pay & Earn dengan kerjasama 4 saluran pembayaran istimewa ditawarkan kepada semua pelanggannya.

Kempen Click, Pay & Earn ini menggunakan konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ dimana pengguna terawal yang menggunakan salah satu daripada 4 tawaran ini  dalam tempoh hingga 24 Jun berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan.

Caranya ialah:

  • Pelanggan yang menggunakan aplikasi berkenaan untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh promosi berpeluang menerima pemberian syiling atau pulangan tunai.

Contoh

  1. Shopee menyediakan pulangan tunai 2,500 syiling bagi deposit minimum RM100 untuk bayaran atau deposit.
  2. KiplePay menawarkan pulangan tunai RM20 bagi pembayaran minimum RM300 yang dikhususkan untuk 500 pelanggan terawal dalam tempoh promosi.
  3. BESTPay pula menawarkan ganjaran RM20 bagi 500 pelanggan terawal dan RM10 untuk 200 pelanggan berikutnya bagi setiap pembayaran atau deposit serendah RM20.
  4. KelantanPAY pula menawarkan pulangan tunai RM10 untuk 100 pelanggan awal yang membuat pembayaran minimum RM100 dan RM5 untuk 100 pelanggan berikutnya dalam tempoh promosi ini

4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

Baca juga: Bayar PTPTN Dengan E-Wallet. Jom, Senang Je

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai 4 saluran baharu pembayaran PTPTN secara dalam talian dan kempen Click, Pay & Earn, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...