Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir Selama 3 Bulan

584

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan bahawa peminjam yang terjejas banjir boleh menangguhkan bayaran mereka.

Berapa bulankah penangguhan bayaran PTPTN bagi mangsa banjir? Bilakah boleh buat permohonan penangguhan?

Dapatkan info-info mengenai penangguhan bayaran PTPTN bagi mangsa banjir disini dan buat permohonan penangguhan dengan segera sebelum terlambat.

TEMPOH PENANGGUHAN PTPTN MANGSA BANJIR

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama:

  • 3 bulan kepada peminjam yang terkesan

Ini berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terbabit termasuk peminjam PTPTN.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir Selama 3 Bulan

BILA BOLEH BUAT PERMOHONAN PENANGGUHAN?

Bila pula mangsa banjir boleh buat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada PTPTN bermula tarikh berikut:

  • 28 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022
Sebelum ini, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac hingga 31 Disember lalu kepada semua peminjam PTPTN serta penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terkesan selama tiga bulan antara Januari hingga Mei 2021.

CARA BUAT PENANGGUHAN BAYARAN PTPTN

Terdapat 3 cara mudah untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN PKP 3.0 ini iaitu:

  • Klik http://www.ptptn.gov.my/
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar.
  • Semak emel kelulusan yang akan dihantar kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

Atau anda juga boleh rujuk pautan berikut untuk membuat permohonan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN disini.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir Selama 3 Bulan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian berikut:

  • 03-2193 3000 (Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...