Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rumah Mampu Milik Johor 2018: Permohonan & Semakan Kelayakan

0 2,433

Bagi rakyat Johor yang telah menetap lebih 5 tahun di negeri tersebut, anda boleh memohon Rumah Mampu Milik Johor 2018.

Permohonan kini dibuka kepada semua rakyat di negeri itu yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM8,000.

Berikut dikongsikan maklumat cara memohon skim rumah tersebut dan syarat-syarat kelayakan.

Bagi rakyat negeri Selangor, anda boleh memohon Rumah Selangorku. Manakala bagi penjawat awam, anda boleh cuba mohon perumahan PPA1M.

Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor 2018

Berikut adalah syarat permohonan rumah mampu milik Johor, antaranya:

  • Warganeraga Malaysia, menetap di Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang layak memohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua PKJB
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri ketika memohon
  • Individu atau pasangan yang telah memiliki PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR boleh memohon rumah kedua RMMJ
  • Pemohon yang memiliki rumah kos sederhana / rumah mewah tidak layak memohon
  • Hanya satu pemilikan sahaja bagi kedai kos sederhana rendah di dalam negeri Johor
  • Tempoh sah pendaftaran adalah setahun dari tarikh pendaftaran.

Terdapat 3 jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini.

  1. Rumah Komuniti Jenis A RM42,000
  2. Rumah Kominiti Jenis B RM80,000
  3. Rumah Komuniti Jenis C RM150,000 – RM220,000

Dalam satu kenyataan media, Kerajaan Negeri meletakkan komitmen tambahan 40 ribu unit RMMJ lagi menjelang tahun 2023 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 100 ribu unit.

Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Kumpulan Ambank Islamic Berhad telah melancarkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor dengan jumlah dana mencecah RM300 juta yang menawarkan lebih kurang 4,000 pemohon bagi membantu golongan sasar untuk memiliki Rumah Mampu Milik Johor.

Baucar RM1,000 RMMJ

 

Selain itu, Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pembeli Rumah Mampu Milik Johor.

Secara purata setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,000 bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM1,000 kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Untuk melihat antara contoh rumah mampu milik Johor yang telah dibangunkan, sila layari portal Hartanah Johor.

Baca juga: Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 2018

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...