Cara Daftar [email protected] MITI & Semak Kelebihannya Yang Majikan Perlu Tahu

302

Untuk memulihkan semula sektor industri dan perusahaan komersil, MITI  telah memperkenalkan satu inisiatif untuk mengawal penularan pandemik di kalangan pekerja iaitu [email protected]

Inisiatif [email protected] telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) di bawah Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi.

Selain dari itu, usahawan wanita dan wanita yang bekerja digalakkan untuk membuat caruman melalui Program SPS Prihatin Wanita (SPW) dengan caruman daripada kerajan sebanyak RM163.

Baca juga: RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

INFO RINGKAS [email protected] MITI

[email protected] adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 di kalangan pekerja.

Inisiatif [email protected] akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble. Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.

ASPEK UTAMA [email protected]

Beberapa aspek utama yang diberikan penekanan di bawah “Safe Work Bubble” adalah seperti berikut:

  • Pewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja.
  • Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan.
  • Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan.
  • Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh.
  • Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif.
  • Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan.
  • Penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.

TARIKH PENDAFTARAN [email protected]

Syarikat yang berminat untuk membuat pendaftaran [email protected] boleh mula mendaftar mulai:

  • 1April 2021

CARA DAFTAR [email protected]

Terdapat dua langkah utama untuk mendaftar [email protected] Work iaitu:

1. SYARIKAT YANG BELUM MENDAFTAR CIMS

Bagi syarikat yang belum mendaftar di CIMS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Cara Daftar Safe@Work MITI & Semak Kelebihannya Yang Majikan Perlu Tahu

  • Seterusnya buat pendaftaran dalam sistem CIMS dan log masuk ke sistem CIMS.
  • Isi borang permohonan [email protected]
  • Permohonan anda akan diproses dan disemak.
  • Pendaftaran anda akan disahkan.
  • MITI mengesahkan pematuhan syarikat dalam SOP [email protected] (penilaian).
  • Sijil akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.

2. SYARIKAT YANG TELAH MENDAFTAR CIMS

Cara Daftar Safe@Work MITI & Semak Kelebihannya Yang Majikan Perlu Tahu

  • Isi borang permohonan [email protected]
  • Permohonan anda akan diproses dan disemak.
  • Pengesahan pendaftaran.
  • MITI mengesahkan pematuhan syarikat dalam SOP [email protected] (penilaian).
  • Sijil akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.

POTONGAN CUKAI TAMBAHAN SEHINGGA RM50,000

Sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan [email protected], Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas:

  1. Perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja
  2. Penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan asas lain selaras dengan SOP [email protected]

Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai inisiatif [email protected], sila dapatkan maklumat yang berkaitan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...