Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SAPS Ibu Bapa: Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2018

2,944

Semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat terus secara online melalui SAPS Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2018.

Sistem ini mula diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.

Namun sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.

Semakan SAPS Ibu Bapa 2018

Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:

  1. Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
  4. Klik butang “Semak”
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar

SAPS NKRA

saps ibu bapa 2018

Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Masalah Login SAPS

Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak boleh login SAPS Ibu Bapa.

Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.

Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.

Cara paling pantas untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.

Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.

Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

tukar password saps ibu bapa

Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.

Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.

GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).

Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.

SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:

saps apdm

sistem apdm

apdm

Rujukan: Negaraku

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...