Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu 2022 Bagi Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Mohon Sekarang Secara Online

133

Ibu bapa dan penjaga yang ingin mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan murid Tahun 1 bagi Sesi 2022 ke Sekolah Integrasi boleh berbuat demikian pada 12 April 2021 dan permohonan adalah secara online.

Selain daripada itu, ibu bapa atau penjaga juga boleh mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan Tahun 1 Sesi 2022 di sekolah biasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online bermula bulan Mac lalu dan bakal berakhir pada April 2021 ini.

Rujuk: Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Secara Online

INFO RINGKAS SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memulakan sesi pembelajaran sekolah integrasi (SIRAJ) di Sekolah Rendah Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak dan Sekolah Rendah al-Alusi, Kampung Keramat bagi tahun 2016. Seramai 350 murid tahun satu telah terpilih mengikuti sistem yang baru diperkenalkan ini.

Dua sekolah ini menjadi rintis bagi pelaksanaan sistem dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA), dan pemilihan dua buah sekolah ini berdasarkan kepada faktor kemudahan sekolah yang mencukupi serta kedudukan lokasi yang strategik.

Sesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang. Ini memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.

TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ)

Tarikh pendaftaran bagi permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) adalah pada:

  • 12 April hingga 23 April 2021

CARA MOHON SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ)

Untuk membuat permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), adalah secara ONLINE dan anda boleh membuat imbasan pada QR Code dibawah untuk membuat permohonan.

Permohonan  Kemasukan Murid Tahun Satu 2022 Bagi Sekolah Integrasi  Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Mohon Sekarang Secara Online

QR Code ini juga boleh didapati di:

  • Laman web Jabatan JAWI (Facebook)
  • Facebook sekolah
  • Sekolah yang dipohon
  • Banner

Seterusnya, ibu bapa diminta mengisi data dengan lengkap da klik HANTAR untuk menghantar permohonan.

Juga diingatkan kepada para pemohon bahawa anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA).

CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 2022 SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ)

Berikut adalah carta alir permohonan kemasukan murid Tahun 1 2022 di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ):

LOKASI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ)

Berikut adalah lokasi Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) untuk rujukan anda:

Permohonan  Kemasukan Murid Tahun Satu 2022 Bagi Sekolah Integrasi  Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Mohon Sekarang Secara Online

Permohonan  Kemasukan Murid Tahun Satu 2022 Bagi Sekolah Integrasi  Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Mohon Sekarang Secara Online

Permohonan  Kemasukan Murid Tahun Satu 2022 Bagi Sekolah Integrasi  Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Mohon Sekarang Secara Online

https://sites.google.com/jawi.edu.my/siraj-abdullah-ibnu-abbas?fbclid=IwAR2GQHOAcjppc69SXBaC4pVsp-ByYyjSU37otYmALoLvFm7dv9ZVkg_5Ois

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat mengenai permohonan kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2022 Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...