Baucer Bayaran Tunai BPN 2.0. Ini Cara Buat Semakannya

1,702

Pada 26 Oktober yang lepas ini. sudah pastinya para penerima BPN sudah dikreditkan wang bantuan seperti yang dijanjikan. Wang bantuan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing mengikut jenis-jenis bank atau akaun yang telah diberikan oleh pemohon.

Namun, apa pula yang perlu dilakukan sekiranya penerima BPN berada dalam kategori GAGAL KREDIT?

Jika anda berada dalam situasi ini, apa yang perlu anda lakukan?

BPN 2.0 GAGAL KREDIT

Sekiranya status pembayaran anda adalah GAGAL KREDIT, anda perlu hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menerima wang bantuan anda secara tunai.

Tetapi sebelum itu, anda perlu membuat semakan nombor baucer terlebih dahulu.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAUCER TUNAI BPN 2.0

Untuk membuat semakan baucer tunai BPN 2.0, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  • Layari pautan berikut : BPN 2.0
  • Masukan NOMBOR KAD PENGENALAN dan buat semakan status.
  • Selesaikan captcha dan klik SEMAK.
  • Klik PAPARAN MAKLUMAT dan LOG MASUK.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. Kemudian klik LOG MASUK.
  • Untuk semakan NOMBOR BAUCER BPN,klik MAKLUMAT PEMBAYARAN BPN.
  • Nombor baucer BPN 2.0 akan dipaparkan.
  • Salin n simpan nombor baucer BPN untuk dibawa ke BSN.

NOTIS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0

Semakan Baucer Bayaran Tunai BPN 2.0. Ini Cara Buat Semakan

INFO SELANJUTNYA

Untuk info selanjutnya sila hubungi Pusat Hubungan Pelangan BSN di :

  • Telefon : 1300-88-1900
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...