Info

Tiada Bil TNB Bulan Ini, Semakan Bil Hanya Menggunakan App Ini

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

2 April 2020
2 min baca
Isi Kandungan

Bil Elektrik Tidak Sampai

Kebiasaannya anda menerima bil elektrik di rumah masing-masing selepas pekerja TNB membuat bacaan meter di rumah anda.

Akibat daripada penguatkuasaan PKP yang lalu, pembacaan meter elektrik oleh TNB tidak dilakukan dan tiada bil bercetak semasa tempoh ini dijalankan. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB daripada dijangkiti virus Covid-19.

Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.

mytnb

Cara Untuk Semak Bil

Terdapat 3 cara untuk anda menyemak bil elektrik anda melalui :

  1. Laman web myTNB : https://www.mytnb.com.my/
  2. Aplikasi myTNB Play Google : Android
  3. Aplikasi myTNB Apps Apple  : iOS

ios n android 2

Apa itu myTNB?

myTNB adalah satu aplikasi mudah alih atau perkhidmatan digital untuk memudahkan pengguna menyemak akaun elektrik tanpa perlu ke pejabat TNB.

tnbmula

TNB1

Bagaimana Untuk Mendaftar?

  • Bagi pendaftaran untuk kali pertama, klik daftar dan isi maklumat anda. Kemudian masukkan PIN yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Semua akaun akan disenaraikan secara automatik jika sepadan dengan kad pengenalan yang didaftarkan dengan TNB.
  • Pengguna hanya perlu memasukkan nama samaran bagi setiap akaun.

1.

TNB2

2.

TNB3

  • Bagi nombor akaun pemilik rumah yang tidak tersenarai, ia perlu dilakukan secara manual dengan memasukkan maklumat akaun dan menambah akaun tersebut.
  • Jika anda bukan pemilik rumah juga boleh menambah akaun dengan mengikuti langkah di bawah.

TNB4

  • Cara mudah untuk anda menambah akaun, anda boleh mengimbas kod bar yang tertera pada bil elektrik  dan seterusnya meletakkan nama samaran di akaun tersebut.

TNB5

Cara Membayar Bil

Anda boleh membayar bil secara online di  ( maybank2u.com.mywww.cimbclicks.com.my) atau dengan cara menyimpan maklumat kad kredit atau kad debit anda.

TNB6

Bagaimana Bil Ini Di Kira?

Bil ini dikira mengikut anggarn berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya..

  • Contoh: Bil bulan Februari lepas adalah RM100, jadi bil bulan Mac anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama iaitu RM100.
  • Jumlah bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan bil elektrik, anda boleh menghubungi :

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.