Semakan Senarai Hitam PTPTN, Tindakan Imigresen & Rekod CCRIS

0

Semakan senarai hitam PTPTN boleh dibuat secara online di portal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Senarai hitam dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman.

Kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN akan dikenakan tindakan Imigresen seperti tidak dapat memperbaharui passport dan dihalang ke luar negara.

Selain itu, semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman juga akan disenaraikan di dalam CCRIS.

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Berikut kami kongsikan cara membuat semakan senarai hitam PTPTN.

Untuk makluman, semakan boleh dibuat sama ada melalui:

Tindakan Imigresen & Larangan Ke Luar Negara

semakan senarai hitam ptptn

Andai kata anda sudah pun disenarai hitam dan ingin ke luar negara dalam masa terdekat, peminjam haruslah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum berangkat ke luar negara.

Ini bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya sekatan di lapangan terbang atau pintu sempadan.

Jika peminjam ingin keluarkan nama dari senarai hitam PTPTN, anda perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Jika mampu, peminjam juga disarankan untuk membayar keseluruhan hutang pinjaman.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bayaran balik pinjaman juga boleh dibuat melalui potongan gaji atau direct debit.

Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.

Jika nama anda tersenarai dalam senarai hitam PTPTN, sila hubungi Seksyen Pengesanan dan Penguatkuasaan atau cawangan PTPTN dalam kadar segera.

Peminjam yang culas untuk membuat bayaran balik juga mungkin dikenakan tindakan saman.

Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran keseluruhan tunggakan atau apa-apa jumlah yang dipersetujui PTPTN termasuk semua kos pendakwaan.

Rekod CCRIS

ccris ptptn

Selain semakan di kaunter dan kiosk cawangan Bank Negara Malaysia (BNM), rekod CCRIS juga boleh disemak online.

Rujuk: Cara Semak CCRIS Online

Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan PTPTN bagi tempoh 12 bulan yang lepas.

Jika anda tidak mahu sebarang masalah kepada permohonan pinjaman perumahan anda, sila pastikan anda membuat bayaran balik PTPTN secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan.

Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan.

Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Sekiranya peminjam ingin mengeluarkan rekod PTPTN dari CCRIS, anda hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman dan rekod di dalam CCRIS akan dikemaskini kepada ‘SELESAI’ dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.

Rekod CCRIS masih buruk walaupun anda membuat bayaran setiap bulan kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:

  1. Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 1 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 6 bulan tamat pinjaman.
  2. Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).

Untuk maklumat lanjut tentang senarai hitam PTPTN, sila layari portal rasmi PTPTN.

Comments
Loading...