Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 Jabatan & Kementerian

2,109

Sebelum memohon sebarang pekerjaan, setiap pemohon kerja perlu mengambil tahu apakah tugas-tugas jawatan yang dipohon terlebih dahulu.

Pengetahuan mengenai deskripsi dan tugas-tugas setiap jawatan adalah bertujuan agar pemohon membuat permohonan kerja mengikut kelayakan dan tugas.

Jadi, dapatkan senarai tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir N29 bagi pelbagai Jabatan dan Kementerian untuk dijadikan panduan kepada anda.

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Antara deskripsi am seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 di setiap Jabatan/Kementerian adalah:

  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Anda juga boleh mendapatkan beberapa info yang berkaitan dengan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 seperti berikut:

GAJI

  • Gaji Minimum: RM1,493.00
  • Gaji Maksimum: RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

TUGAS-TUGAS LAIN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 terbahagi kepada 4 bahagian seperti berikut:

PENGURUSAN

  • Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  • Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda.
  • Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan.

PENTADBIRAN PEJABAT

  • Sistem Fail dan Rekod: Mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan dan arkib..
  • Surat menyurat: Menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat keluar dan masuk.
  • Pengurusan mesyuarat: Penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat.
  • Perhubungan: Berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  • Arahan Keselamatan: Memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  • Etika dan Protokol: Menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

HAL KEWANGAN

  • Belanjawan dan perakaunan: Menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.
  • Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan: Menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.
  • Pembayaran dan penerimaan: Menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  • Tuntutan: Menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dan lain-lain.

HAL TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Penggunaan/kemahiran computer: Microsoft office seperti Microsoft Word, Power Point, Excel dan lain-lain.
  • Penggunaan internet,penggunaan aplikasi dan sistem yang berkaitan.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Contoh soalan Matematik Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

1. Sebuah bas dipandu dengan purata kelajuan 95km/j dalam tempoh 4 jam 15 minit. Sejauh manakah perjalanan bas tersebut?

A) 389.50km
B) 394.25km
C) 403.75km
D) 427.50km

Jawapan: C

2.22.5m reben digunakan untuk mengikat 15 kotak hadiah yang sama besar. Pilih panjang reben paling minimum yang cukup untuk mengikat 7 kotak hadiah tersebut?

A) 10
B) 11
C) 12
D) 13

Jawapan: B

3. Yang manakah tidak benar?

A) 2/5 = 0.4
B) 1/8 = 0.8
C) 3/10 = 0.3
D) 17/10 = 1.7

Jawapan: B

Contoh soalan Bahasa Inggeris Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

1. He stopped_____________ to us. We spent ten minutes habving a really nice chat before he moved again.

A) talking
B) to talk
C) talks
D) talked

Jawapan: A

2. The ________________has been prompt to react to the crisis.

A) government
B) government
C) government
D) government

Jawapan: B

3. Find the best answer for this question,“Could Ask you something personal?”

A) Of course, I can.
B) Yes, I may.
C) Certainly.
D) Yes,you couldn’t

Jawapan: C

RUJUKAN MENJAWAB PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Untuk contoh soalan peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 serta untuk dijadikan latihan sebelum menduduki peperiksaan, sila dapatkan segera panduan N29 berikut:

PANDUAN PEPERIKSAAN N29

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...