Skim Cakna Suri Siri 1 2020. Download Borang Permohonan Disini
Bantuan Kerajaan / Ringkasan Artikel

Skim Cakna Suri Siri 1 2020. Download Borang Permohonan Disini

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam dan skim tersebut ialah SKIM CAKNA SURI. Apa itu...

Status: Aktif Bacaan: 1 min baca Fokus: Bantuan Kerajaan Update: 4 Nov
Intipati 01 Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam dan.
Intipati 02 Skim ini diwujudkan khusus untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena.
Intipati 03 TARIKH PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP SKIM CAKNA SURI Tarikh untuk pemohon mengisi borang Skim Cakna Suri.

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam dan skim tersebut ialah SKIM CAKNA SURI.

Apa itu Skim Cakna Suri?

Skim ini diwujudkan khusus untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

TARIKH PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP SKIM CAKNA SURI

Tarikh untuk pemohon mengisi borang Skim Cakna Suri ialah :

Tarikh Permohonan

  • 3 November 2020 (Selasa)

Tarikh Tutup 

  • 24 Disember 2020 (Khamis)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan dan semak syaratnya terlebih dahulu :

  • Suri rumah sepenuh masa
  • Berumur 54 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  • Menetap di negeri Kelantan
  • Pendapatan Isi Rumah RM1500

HAD JUMLAH PENERIMA DAN SUMBANGAN

Had jumlah sumbangan ini terhad kepada :

  • 150 orang suri rumah di setiap DUN
  • Bantuan sebanyak RM100 (One -Off)

BORANG PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI

Dapatkan borang permohonan disini dan isi dengan segera.

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Skim Cakna Suri, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di :

  • Telefon : 013-983 6915

Skim Cakna Suri Siri 1 2020. Download Borang Permohonan Disini

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori