Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Online SMA MAIWP & SMISTA 2018 Dibuka 22 November

0

Permohonan kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA sesi 2018 dibuka bermula 22 November sehingga 28 November 2017.

Berikut adalah maklumat terkini prosedur permohonan ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz.

Pengenalan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

sma maiwp 2018

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) mula beroperasi pada 22 Januari 2007 selepas Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan.

Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

SMA MAIWP kini beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dan di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada 25 Oktober 2010, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi.

Syarat Permohonan SMA MAIWP

Berbeza dengan permohonan SBP 2018, berikut antara syarat kelayakan permohonan kemasukan ke SMA MAIWP 2018:

  • Mendapat 5A dalam UPSR 2017 dan 7A dalam UPSRA.
  • Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
  • Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
  • Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.

Permohonan hendaklah dilakukan secara online sahaja di portal rasmi MAIWP atau layari sistem permohonan sekolah-sekolah agama MAIWP.

Pengenalan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

smista maiwp

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 dengan pengambilan pelajar seramai 55 orang.

Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan ini adalah hasil Mesyuarat MAIWP Kali Ke-94 pada 27 Julai 2009.

Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz.

Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf.

Syarat Permohonan SMISTA

Antara syarat permohonan kemasukan ke SMISTA 2018 adalah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.
  4. Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.
  5. Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
  6. Lulus ujian bertulis dan syafawi.

Prosedur permohonan SMISTA:

  1. Mengisi borang permohonan kemasukan SMISTA dengan lengkap secara atas talian.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
  3. Menghadiri sesi temuduga (ujian hafazan dan ujian bertulis) bagi yang layak.

Video SMA MAIWP

Comments
Loading...