Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia. Diskaun RM10 Sehingga 31 Disember 2021

1,563

Bersempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) diskaun sebanyak RM10 telah ditawarkan oleh KTMB bagi tiket ETS,

Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai bercuti dengan menggunakan kereta api seterusnya melancong di dalam negera.

Dapatkan cara untuk mendapatkan diskaun RM10 untuk kempen Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia seperti yang dikongsikan ini.

TARIKH PEMBELIAN TIKET PROMOSI SYOKNYA NAIK KERETA API

Tarikh untuk pembelian tiket kod promo Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia ialah:

  • 15 Mac hingga 31 Disember 2021

Manakala tarikh untuk perjalanan pula pada:

  • 1 April hingga 31 Disember 2021
Nota: Promosi akan tamat lebih awal sekiranya kod promo habis lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan. First Come First Serve!

SYARAT KELAYAKAN PROMOSI SYOKNYA NAIK KERETA API CUTI-CUTI MALAYSIA

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk mendapatkan promosi RM10 Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia iaitu:

  • Terhad untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS).
  • Pembelian tiket melalui transaksi secara online sahaja.
  • Pembelian tiket bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sahaja tidak termasuk Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter dan KTM Komuter Utara.
  • Pembelian tiket dewasa dan kanak-kanak sahaja.
  • Tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.
  • Hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi atau balik) bersamaan atau melebihi nilai RM11.00.
  • Layak menebus sekali sahaja kod promo bagi kempen ini untuk transaksi yang dilakukan dibawah dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI sebelum proses pembayaran:
    i) Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam satu (1) transaksi; atau
    ii) Pembelian tiket bagi perjalanan dua hala yang dibuat dalam satu transaksi.

Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia. Diskaun RM10 Sehingga 30 Jun 2021

KAEDAH PEMBELIAN TIKET SYOKNYA NAIK KERETA API CUTI-CUTI MALAYSIA

Untuk membuat pembelian, sila ikuti langkah-langkah berikut:

PEMBELIAN MELALUI LAMAN WEB

Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia. Diskaun RM10 Sehingga 30 Jun 2021

  • Klik LOGIN/SIGN UP
  • Klik SIGN UP NOW dan isikan maklumat. Setelah siap, Klik SIGN UP.
  • LOGIN menggunakan emel dan kata laluan anda.
  • Pilih destinasi dan tarikh perjalanan.
  • Sebelum membuat pendaftaran, masukkan kod promo CUTIKERETAPI.
  • Buat pembayaran dan tiket siap dibeli.

PEMBELIAN MELALUI APLIKASI KTMB MOBILE

  • Muat turun aplikasi KTMB Mobile (KITS) dahulu.

Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia. Diskaun RM10 Sehingga 30 Jun 2021

  • Klik REGISTER
  • Isikan maklumat anda dengan betul dan tepat. Seterusnya klik REGISTER.
  • LOGIN menggunakan emel dan kata laluan anda.
  • Pilih destinasi dan tarikh perjalanan.
  • Masukkan kod promo CUTIKERETAPI.
  • Buat pembayaran dan tiket siap dibeli.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai promosi Syoknya Naik Kereta Api Cuti-Cuti Malaysia, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...