Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Akhir Daftar & Kemas Kini BPR 2021, 25 Februari Ini. Sila Alert!

2,079

Cepat dan jangan terlepas peluang lagi untuk membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) kerana ianya akan berkahir pada 25 Februari 2021 ini.

Sebelum ini juga Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa tarikh tutup untuk pendaftaran dan kemas kini adalah pada 15 Februari dan telah dilanjutkan kerana memahami masalah yang dihadapi rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Rujuk: Pendaftaran & Kemas Kini BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga 25 Februari 2021

Jadi, cepat buat pendaftaran dan kemas kini sekarang kerana anda layak untuk menerima bantuan BPR 2021 yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk rakyatnya.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN & KEMAS KINI BPR 2021

Berikut adalah tarikh akhir bagi pendaftaran dan kemas kini BPR 2021:

  • 25 Februari 2021

KADAR BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

Kadar bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH RM300
KATEGORI BUJANG

KATEGORI OKU

RM150

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 ini akan dibayar secara berperingkat pada penghujung Februari 2021.

KATEGORI PENDAFTARAN BARU BPR 2021

Terdapat 4 kategori yang perlu melakukan pendaftaran baru BPR 2021 seperti berikut:

  • Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
  • Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40.
  • Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah sebulan.
  • Golongan mudah terjejas (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran kesan pandemik COVID-19.

Nota: Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

PENDAFTARAN & KEMAS KINI MAKLUMA BPR 2021

Bagi anda yang ingin membuat permohonan dan membuat kemaskini maklumat BPR 2021, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

  • Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Jika belum daftar, klik DAFTAR AKAUN terlebih dahulu.
  • Kemudian klik PERMOHONAN BARU.
  • Isikan maklumat yang diperlukan secara online dan muat naik dokumen yang diperlukan ATAU
  • Download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN yang terdekat dengan anda ATAU
  • Hadir ke Pejabat Cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan UTC LHDN bersama borang permohonan yang telah diisi.

KEMAS KINI MAKLUMAT

  • Klik https://bpr.hasil.gov.my/.
  • Klik LOG MASUK dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan klik butang SEMAK.
  • Masukkan KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Klik KEMASKINI PERMOHONAN dan terus muat naik dokumen yang perlu dihantar.
  • Seterusnya isikan maklumat terkini dan klik TERUSKAN.
  • Isikan huruf CAPTCHA dan klik SAHKAN CAPTCHA.
  • Klik HANTAR.

Baca juga: Ini Cara Paling Simple Untuk Upload Dokumen Semasa Permohonan BPR 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...