Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Berpuasa Bulan Ramadhan Tahun 2021/1442 Hijrah

1,630

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana ianya sangat istimewa kerana umat Islam akan berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadhan.

Malah, ada individu yang akan menggantikan puasa yang tertinggal pada tahun lalu dan ingin membuat bayaran fidyah mengikut tetapan Majlis Zakat negeri masing-masing.

Rujuk: Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah 2020/2021 & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

TARIKH BERPUASA TAHUN 2021/1442 HIJRAH

Tarikh mula berpuasa di bulan Ramadhan bagi Tahun 2021/1442 Hijrah adalah:

  • 13 April 2021

Untuk pengetahuan anda, tarikh mula berpuasa di Malaysia ditentukan berdasarkan 3 kaedah yang digunapakai iaitu:

RUKYAH

  • Kaedah rukyah ialah kaedah melihat anak Bulan ketika Matahari terbenam pada 29 hari bulan hijri dengan mata kasar atau teropong.
  • Ia hanya digunakan untuk tujuan penentuan awal Bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sahaja.

HISAB FALAK

  • Menurut kaedah hisab hakiki, Bulan baru apabila ijtimak berlaku sebelum waktu Matahari terbenam tanpa mengambil kira samada anak Bulan wujud atau tidak.
  • Taqwim hijri yang menggunakan konsep ini dinamakan taqwim hijri hakiki.
  • Jika kewujudan anak Bulan selepas ijtimak dijadikan sebagai asas penentuan awal Bulan, taqwim ini dinamakan taqwim ijtimak wujudul hilal.

KAEDAH RUKYAH SERTA HISAB

  • Berdasarkan criteria imkanur rukyah iaitu penentuan masuknya awal Bulan baru apa bila kedudukan Matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakkannya .
  • Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah, ijtimak telah berlaku pada 29 syaaban, 29 Ramadhan atau 29 Zulkaedah sebelum Matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
  • Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak Bulan di atas ufuk, tidak kurang dari 2° dan jarak lengkungannya (antara Bulan dan Matahari) tidak kurang dari 3°. ATAU
  • Ketika Bulan terbenam, umur anak Bulan tidak kurang dari 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Tarikh Berpuasa Bulan Ramadhan Tahun 2021/1442 Hijrah

Pada peringkat awal, amalan rukyah dilakukan oleh golongan cerdik pandai agama seperti alim ulama’, kadi dan mufti kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu falak dan hokum syarak berkaitan. Usaha merukyah telah dijalankan secara rasmi sejak tahun 1934 oleh Syed Alwi Bin Tahir al-Hada dari Masjid Menara Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Kemudian pada tahun 1970, majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam ditubuhkan dan jawatankuasa rasmi telah dilantik untuk melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal di tiga tempat iaitu Telok Kemang, Johor Bahru dan Kampong Pulau Sayak.

Menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan akan dirukyah pada petang 29 syaaban dan 29 Ramadhan. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan tetapi menurut hisab falak (iaitu kiraan falak) bahawa anak bulan ada dan boleh dilihat, maka hisab falak boleh digunakan.

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN TAHUN 2021/1442 HIJRAH

Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan Tahun 2021/1442 Hijrah adalah pada:

  • 12 April 2021 

SENARAI LOKASI MENCERAP ANAK BULAN RAMADHAN

Senarai lokasi mencerap anak bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

Perlis

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Selangor

  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Johor

  • Pontian Kechil

Pahang

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

NEGERI BERCUTI AWAL RAMADHAN TAHUN 2021/1442 HIJRAH

Hanya 3 negeri sahaja yang bercuti pada awal Ramadhan iaitu:

  • Kedah
  • Melaka
  • Johor

Baca juga: Bayar Fidyah Online, Lebih Mudah dan Pantas

Nota: Tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan Malaysia akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui televisyen dan radio pada malam 12 April 2021.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...