Tarikh Dan Cara Semakan Keputusan Peperiksaan MUET Untuk Sesi Mac 2018

0

Maklumat penting buat semua mahasiswa IPT serta pelajar Tingkatan 6 yang menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi pertama tahun ini iaitu pada bulan Mac yang lalu.

Anda semestinya tertanya-tanya bilakah keputusan peperiksaan ini akan dikeluarkan secara rasmi dan bagaimana untuk anda menyemaknya. Di dalam artikel ini, anda akan mendapat panduan tentang cara untuk menyemak keputusan peperiksaan MUET dan juga anda akan mengetahui bilakah tarikh pengumuman keputusan peperiksaan ini dibuat.

muet

TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MUET SESI MAC 2018

Tarikh keputusan peperiksaan MUET bagi seluruh negeri adalah pada ketetapan berikut.

  • Tarikh keputusan MUET: 10 Mei 2018

CARA-CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN MUET UNTUK SESI MAC 2018

Untuk tujuan membuat semakan, anda mempunyai dua cara. Anda boleh memilih cara mana yang sesuai dengan anda. Kedua-dua cara semakan tersebut adalah seperti berikut:

  • Membuat semakan secara online melalui laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
  • Membuat semakan melalui SMS

MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI MAC 2018 SECARA ONLINE

Untuk anda yang ingin membuat semakan keputusan MUET anda secara online, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah berikut:

1.) Layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Klik link yang disediakan di bawah.

Majlis Peperiksaan Malaysia: http://portal.mpm.edu.my/

semak muet

2.) Isi nombor Kad Pengenalan anda dan tekan butang Hantar.

MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MUET SESI MAC 2018 MELALUI SMS

Bagi anda yang ingin membuat semakan keputusan MUET sesi Mac melalui SMS pula, anda boleh:

  • Taip MUET (jarak) RESULT (jarak) Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Berikut merupakan contoh membuat semakan keputusan MUET Sesi Mac 2018 melalui SMS.

semakan keputusan muet mac sms

CARA MEMBUAT RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET UNTUK SESI MAC 2018

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan MUET yang anda dapat, anda bolehlah membuat rayuan semakan semula. Berikut merupakan cara-caranya:

1.) Layari laman web rasmi MPM dan klik bahagian semakan semula untuk peperiksaan MUET. Klik link di bawah.

Link: http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

semak semula muet
2.) Anda akan dikenakan caj sebanyak RM70.00. Anda boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

3.) Tarikh tutup permohonan rayuan adalah seminggu selepas tarikh keputusan MUET dikeluarkan secara rasmi.

4.) Anda boleh dapatkan keputusan rayuan semakan semula anda di portal MPM selepas 18 hari dari tempoh anda memohon.
Anda akan mendapat sijil MUET baru jika keputusan anda berubah secara keseluruhan.

Meskipun keputusan peperiksaan MUET bagi sesi Mac 2018 ini dijangka akan keluar secara rasmi pada bulan Mei namun, pihak MPM masih belum mengeluarkan tarikh keputusan secara rasmi.

Untuk mendapatkan keputusan secara rasmi, anda perlu selalu menyemak artikel yang disediakan di portal ini. Pihak kami akan terus mengemaskini tarikh tersebut sebaik sahaja mendapat maklumat tentang tarikh yang sebenar! Kami doakan kejayaan anda dalam peperiksaan MUET ini.

Comments
Loading...