Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Rujuk Jadual Disini

14,368

Umum mengetahui Bantuan Sara Hidup (BSH) telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) semasa pembentangan Bajet 2021 yang lepas. BPR yang menggantikan BSH dan ditambah baik dengan penambahan kategori serta kenaikan kadar bantuan kepada penerima yang layak.

Setiap pembayaran akan dimasukkan atau dikreditkan terus ke akau bank penerima sekiranya permohonan diluluskan. Pembayaran BPR ke akaun penerima juga akan dilakukan secara berperingkat sehingga mencukupi nilai keseluruhan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

Hari ini adalah tarikh pembayaran bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) terutamanya mereka yang lulus permohonan rayuan. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan rujuk artikel mengenai tarikh pembayaran BSH permohonan rayuan disini.

Bagi tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, sila rujuk jadual yang dikongsikan ini:

1. Kategori : Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah

Jumlah bantuan

  • RM1,200: 1 orang anak
  • RM1,800: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 FASA 2
2021 2021
Penghujung Februari 2021 September / Oktober 2021

2. Kategori : Isi Rumah RM2,501 hingga RM4,000

Jumlah bantuan

  • RM800: 1 orang anak
  • RM1,200: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 FASA 2
2021 2021
Penghujung Februari 2021 September / Oktober 2021

3. Kategori : Isi Rumah RM4,001 hingga RM5,000

Jumlah bantuan

  • RM500: 1 orang anak
  • RM750: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 FASA 2
2021 2021
Penghujung Februari 2021 September / Oktober 2021

4. Kategori : Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah (21 tahun ke atas)

Jumlah bantuan:

  • RM350 one-off
Nota: Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Setakat hari ini, tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Rujuk Jadual Disini

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

Adakah anda rasa anda layak atau tidak untuk membuat permohonan BPR? Jika masih rasa was-was, anda boleh buat semakan di:

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

Sekiranya permohonan berjaya dan diluluskan oleh LHDNM, wang bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun anda bermula:

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September / Oktober 2021

Nota: Sebarang maklumat lanjut mengenai BPR, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...