Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU 2020-2021 Universiti Awam & Politeknik

0 65

Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke pusat pengajian tinggi.

Melalui sistem UPU ini, proses permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA lebih mudah berbanding proses permohonan biasa.

Kemasukan ke universiti awam melalui sistem ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja. Pemohon perlu membeli nombor pin unik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Ini kerana setiap pusat pengajian telah menetapkan syarat minima untuk melanjutkan pengajian di institusi masing-masing.

BPKP melalui laman sesawangnya juga akan menghebahkan maklumat-maklumat penting mengenai permohonan, kemasukan, semakan dan lain-lain info penting. Justeru itu, pelajar perlu peka akan hebahan yang akan dibuat. Pemohon juga boleh menghadiri mana-mana karnival pendidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke universiti awam di Malaysia.

TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU SESI 2020-2021 KEMASUKAN KE UA, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA

Bagi membantu pemohon membuat persiapan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UPU serta lain-lain info berkaitan untuk semua.

Nota: Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari Portal UPU atau Facebook UPU:

TARIKH PENTING UPU ONLINE SESI 2020-2021

Tarikh Perkara
21 Oktober 2019
Pemohon lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi/Matrikulasi/Pasum membuat pendaftaran permohonan UPU

31 Disember 2019
Pendaftaran permohonan UPU bagi lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi/Matrikulasi/Pasum ditutup

25 Februari 2020
Nombor unik ID BSN mula dijual dan permohonan UPU dibuka. Calon boleh mula membuat pembelian Nombor Unik ID BSN.

15 Mac – 2 April 2020
Pemohon lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan STAM membuat pemilihan program pengajian

1 April 2020
Penjualan nombor unik ID di BSN ditutup. Pastikan anda membeli No Unik ID BSN sebelum tarikh ini.
2 April 2020
Permohonan UPU Online ditutup. Sila kemukakan permohonan UPU anda sebelum tarikh ini.
12 – 24 April 2020
Semakan panggilan temuduga lepasan SPM. Untuk permohonan lepasan SPM, ini tarikh anda akan dipanggil temuduga.
16 – 24 April 2020
Temuduga lepasan SPM dimulakan. Dinasihatkan para calon mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga ini.
Minggu ke-2 Mei 2020
Semakan panggilan temuduga bukan pendidikan dan panggilan ujian Medsi lepasan STPM setaraf

Minggu ke-3 Mei 2020
Ujian Medsi dimulakan. Pastikan anda membuat persediaan sewajarnya untuk menjawab Ujian Medsi ini.

15 Mei – 28 Jun 2020
Temuduga bukan pendidikan lepasan STPM setaraf. Ini tarikh temuduga bagi calon bukan pendidikan lepasan STPM
5 – 10 Mei 2020
Hebahan keputusan kemasukan untuk lepasan SPM dan rayuan kemasukan ke UA dan politeknik premier dibuka
10 Mei 2020
Rayuan permohonan lepasan SPM ditutup (Dalam tempoh 5 hari bekerja daripada hebahan keputusan diumumkan)
11 – 27 Jun 2020
Semakan Panggilan Temu Duga/ Ujian Khas Program Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
11 –  27 Jun 2020
Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf. Selalunya temuduga akan berlangsung pada tarikh ditetapkan.
26 Jun – 2 Julai 2020
Hebahan keputusan bagi rayuan lepasan SPM. Sekiranya anda membuat rayuan maka semakan rayuan boleh di buat pada tarikh ini.
28 Jun 2020
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka. Untuk Fasa 2, ini merupakan tarikh Sistem UPUOnline di buka.
2 Julai 2020
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup. Untuk Fasa 2, ini merupakan tarikh Sistem UPUOnline di tutup. Kemukakan permohonan anda sebelum tarikh ini
30 Julai 2020
Hebahan keputusan bagi lepasan STPM dan setaraf dan permohonan rayuan kemasukan STPM dan setaraf
8 Ogos 2020
Permohonan UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup (Dalam tempoh 10 hari bekerja daripada hebahan keputusan diumumkan)
26 Ogos 2020
Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1.
13 September 2020
Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2 .

 

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai UPU atau kemasukan ke UA/IPTA boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang berikut:
👉Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
👉Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Comments
Loading...