Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2018

0 1,440

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) merupakan suatu platfom untuk memberi peluang kepada calon SPM bagi memperbaiki keputusan peperiksaan mereka. Calon yang mendapat keputusan tidak baik ataupun gagal dalam subjek-subjek tertentu boleh menduduki semula peperiksaan bagi subjek tersebut dalam SPM Ulangan.

Jika anda berhasrat untuk mengambil peperiksaan SPM Ulangan ini bolehlah mendaftar secara online di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Anda juga perlu melengkapkapkan borang permohonan SPM Ulangan di portal ini. Pastikan anda mengisi semua butiran yang dikehendaki di dalam borang tersebut dengan lengkap dan tepat.

Untuk pengetahuan anda juga, SPM Ulangan diadakan sebanyak 2 kali setahun. Sesi pertama SPM Ulangan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua pula akan diadakan pada bulan November.

TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPM ULANGAN

Pendaftaran untuk menduduki SPM Ulangan adalah secara online. Tarikh bagi pendaftaran SPM Ulangan untuk sesi petama dan sesi kedua adalah dibuka secara serentak. Ketika membuat pendaftaran, anda boleh memilih sama ada ingin mengambil peperiksaan SPM Ulangan pada sesi pertama atau sesi kedua. Tarikh pendaftaran SPM Ulangan adalah seperti berikut:

  • Tarikh Pendaftaran SPM Ulangan : 1 Mac 2018 – 31 Mac 2018

Jika anda gagal mendaftar selepas 31 Mac 2018, anda dikira tidak mahu mengambil peperiksaan SPM Ulangan.

TARIKH PEPERIKSAAN SPM ULANGAN

Peperiksaan SPM Ulangan ini akan diadakan sebanyak dua sesi. Anda bebas untuk memilih sama ada menduduki SPM Ulangan pada sesi pertama ataupun sesi kedua. Sesi pertama dan sesi kedua SPM Ulangan 2018 akan dijalankan pada:

  • Sesi Pertama: 25 Jun 2018 – 27 Jun 2018
  • Sesi Kedua : 13 November 2018 – 13 Disember 2018

Untuk jadual waktu lengkap peperiksaan SPM Ulangan bagi setiap subjek yang akan dijalankan telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Namun, jadual ini hanya dikeluarkan untuk SPM Ulangan sesi pertama iaitu pada bulan Jun. LPM masih belum mengumumkan secara rasmi jadual waktu peperiksaan SPM Ulangan bagi sesi kedua. Jadual lengkap SPM Ulangan bagi sesi kedua akan dikemaskini oleh pihak LPM.

Jadual peperiksaan SPM Ulangan sesi pertama adalah seperti berikut:

tarikh spmu 1

tarikh spmu 2

 

PANDUAN BUAT CALON PEPERIKSAAN SPM ULANGAN

Kepada semua calon SPM Ulangan bagi tahun 2018, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu dan perlu anda titik beratkan dalam memastikan proses peperiksaan SPM Ulangan anda berjalan dengan lancar. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:

    1. Calon diingatkan untuk membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan semasa hari peperiksaan dijalankan.
    2. Calon wajib menduduki peperiksaan (hadir) dalam semua subjek mata pelajaran yang telah didaftarkan. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis dan juga kertas peperiksaan lisan akan ditandakan dengan TIDAK HADIR bagi subjek tersebut. Ini akan menjejaskan keputusan calon.
    3. Calon yang mempunyai masalah dan tidak dapat hadir untuk menduduki sesuatu kertas peperiksaan hendaklah memberikan surat sokongan seperti surat pengakuan doktor atau surat kebenaran khas daripada Pengarah Peperiksaan sebagai bukti.
    4. Surat-surat sokongan ini hendaklah diberikan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tempoh SPM Ulangan tamat.
    5. Calon perlu menyemak semua butiran maklumat yang tertera pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum calon menduduki peperiksaan. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, calon perlulah memberitahu kepada pihak JPN dan calon harus mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
    6. Calon perlu membayar sebanyak RM 30.
    7. Calon hendaklah membuat pembayaran tersebut kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar melalui bayaran secara pos atau Kiriman Wang.
    8. Calon juga mesti membaca dan meneliti Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang telah dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan 2018 dan calon juga perlu menurunkan tandatangan di Borang Pengakuan Calon.

 

Semoga perkongsian jadual waktu peperiksaan ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan SPM Ulangan ini. Pastikan juga anda mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan ini sebelum tarikh 31 Mac 2018. Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda dalam peperiksaan SPM Ulangan 2018.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...