Tarikh & Sambutan Israk Mikraj di Malaysia Tahun 2021/1442H. Negeri Anda Cuti Tak?

Sekarang umat Islam sedang berada pada bulan Rejab seterusnya Syaaban dan tidak lama lagi akan menyambut bulan Ramadhan serta berpuasa selama sebulan.

Bagi anda yang belum menggantikan puasa, digalakkan untuk menggantikan puasa mulai sekarang dan jika tidak mempu, anda perlu membayar fidyah dengan kiraan yang betul seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Rujuk: Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah 2020/2021 & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

Apa yang ada pada bulan Rejab ini? Sebagai umat Islam, pastinya anda tahu bahawa peristiwa Israk Mikraj telah berlaku pada bulan ini dan hanya 4 negeri sahaja yang mengambil cuti sempena peristiwa ini.

INFO RINGKAS PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Tarikh & Sambutan Israk Mikraj di Malaysia Tahun 2021/1442H. Negeri Anda Cuti Tak?

TARIKH PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DI MALAYSIA 2021/1442H

Tarikh untuk peristiwa Israk Mikraj di Malaysia bagi tahun 2021/1442H ialah:

  • 11 Mac 2021/Khamis

NEGERI MENGAMBIL CUTI SEMPENA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Antara negeri yang mengambil cuti sempena peristiwa Israk Mikraj adalah:

  • Perlis
  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Terengganu

ACARA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ TAHUN 2021/1442H

Untuk pengetahuan anda, sambutan Israk Mikraj disambut dengan acara yang sederhana seperti:

  • Ceramah agama
  • Forum perdana
  • Majlis ilmu
  • Khutbah Jumaat
  • Bacaan Surah Yassin
  • Nasyid
  • Pertandingan bercerita dan lain-lain

Bagaimana pula dengan tahun ini? Apakah cara menyambut peristiwa Israk Mikraj ketika pandemik Covid-19 kali ini?

Baca juga: Kalendar Islam Malaysia 2021M / 1442-1443H & Tarikh Penting

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.