Kalendar Islam Malaysia 2021M / 1442-1443H & Tarikh Penting

Sudah pastinya masyarakat seluruh dunia selesa menggunakan sistem kalendar Gregorian atau kalendar Masihi untuk dapatkan tempoh hari dan tahun dengan tepat. Namun penting disini kita semua ambil tahu mengenai Kalendar Islam Malaysia 2021M/1441-1443H beserta tarikh penting buat umat Islam.
Kalendar HIjrah merupakan sistem kalendar yang sangat penting bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan petanda banyak amalan ibadah yang wajib atau harus dilakukan oleh orang Muslim.
Antaranya adalah untuk dapatkan penentuan seperti tarikh-tarikh:
- Puasa sunat
- Tarikh puasa Ramadhan
- Tarikh Hari Raya Aidilfitri
- Hari Raya Aidiladha
- Hari Arafah
- Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW
- Tahun Baru Hijrah
TAKWIM 2021 MILADIAH / 1442-1443 HIJRIAH
Isi Kandungan
Anda juga boleh rujuk Takwim 2021 Miladiah / 1442-1443 Hijriah bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti di bawah.
SENARAI PERINCIAN KALENDAR ISLAM & TARIKH PENTING
Senarai perincian ini adalah rasmi berdasarkan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
TARIKH HIJRAH 1442 / 1443 | TARIKH MASIHI 2021 | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
27 REJAB | 11 MAC | ISRAK & MIKRAJ |
15 SYAABAN | 29 MAC | NISFU SYAABAN |
1 RAMADHAN* | 13 APRIL | AWAL RAMADHAN / PUASA |
17 RAMADHAN | 29 APRIL | NUZUL AL-QURAN |
1 SYAWAL* | 13 MEI | HARI RAYA PUASA / AIDILFITRI |
10 ZULHIJJAH* | 20 JULAI | HARI RAYA KORBAN / AIDILADHA |
1 MUHARAM 1443 | 10 OGOS | AWAL MUHARAM / MAAL HIJRAH |
12 RABIULAWAL 1443 | 19 OKTOBER | MAULIDUR RASUL |