Wujud Lagi Ke Jawatan PSH? Apakah Perbezaan Jawatan PSH & Personel MySTEP?

Para graduan atau lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf yang sedang mencari pengalaman kerja atau yang ingin tingkatkan kemahiran pastinya memohon kerja apa sahaja termasuk jawatan PSH atau Personel MySTEP.

Tetapi adakah jawatan PSH masih lagi wujud pada masa kini?

Katanya terdapat perbezaan antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan Personel MySTEP. Apakah perbezaan antara kedua-dua jawatan tersebut?

KELEBIHAN JAWATAN PSH

Untuk pengetahuan anda, jawatan PSH adalah:

  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal).

Apakah kelebihan yang ada pada jawatan PSH? Ia sama seperti pekerja awam yang berjawatan tetap cuma tidak mempunyai elaun, cuti tahunan, insurans dan lain-lain keistimewaan seperti yang lain.

Tetapi jika anda berkerja dan banyak outstation, elaun yang anda layak terima ialah:

  • Elaun perjalanan kenderaan
  • Bayaran sewa hotel atau elaun lojing
  • Elaun harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang 24 jam)
  • Elaun makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih)

Kadar upah yang diberikan pula adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: RM100/Hari
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Diploma: RM72/Hari
  • Sijil Pelajaran Malaysia: RM54/Hari

ADA LAGI KE PSH?

Sebenarnya ada je jawatan lantikan PSH. Cuma tidak banyak diiklankan seperti dahulu.

PERBEZAAN PSH & PERSONEL MYSTEP

Nak tahu tak apakah perbezann antara PSH dan Personel MySTEP ialah:

Wujud Lagi Ke Jawatan PSH? Apakah Perbezaan Jawatan PSH & Personel MySTEP?

Rujuk: MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

Disarankan kepada para graduan agar tidak memilih apa sahaja pekerjaan yang ada dan terimalah peluang yang sedia ada untuk dapatkan pengalaman yang berharga buat anda.

Bagi yang mencari pekerjaan tu, boleh search pelbagai jenis pekerjaan yang ada di laman-laman web berikut:

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

Atau daftar di laman web berikut:

  1. SPA9
  2. MySPP
  3. MyFutureJobs
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.