Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Ini Contohnya, Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat

16,819

Ada yang gelakkan rakan-rakan yang mohon kerja di kilang dan sertakan bersama resume ketika mengisi borang permohonan.

Jangan gelakkan mereka kerana kemungkinan besar rakan anda yang diterima bekerja di kilang kerana menyediakan maklumat yang diperlukan oleh majikan.

Walaupun anda tidaktahu cara nak buat resume, sekurangnya anda boleh belajar menyediakan resume untuk apa jenis pekerjaan dan dipanggil temuduga kerana pastinya majikan tertarik dengan maklumat yang dimuatkan dalam resume.

TOLONG BUAT RESUME!

Sedikit peringatan daripada HR disalah sebuah kilang, yang meminta pemohon kerja tidak kira jawatan apa pun untuk menyediakan resume ketika memohon kerja dikilang.

Sebabnya ialah:

  • Tolong la buat resume. Kilang kicap pun minta resume. Kerja mahu, tetapi resume apa pun tak ada. Tolong improvekan diri anda.
  • Detailkan gaji yang diperlukan, kerja dimana sebelum ini, pengalaman bekerja sebelum ini, kemahiran anda. Ingat, tidak semua HR atau majikan akan tanya anda semula.
  • Jika tidak pandai, minta rakan atau saudara mara anda membuat resume terbuka dan boleh digunapakai untuk apa jenis pekerjaan.
  • Bagi resume lama, sila kemaskini tahun, umur dan maklumat yang berkaitan dengan tahun.
  • Tolong jual diri sendiri. Tak perlu lebih-lebih tetapi ceritakan apa yang ada pada resume atau tidak. Jangan tunggu majikan atau HR sahaja yang banyak bertanya.

Baca juga: 4 Laman Web Mencipta Resume Untuk Newbie Seperti Anda. Tak Perlu Pening Nak Fikir Template Resume Lagi Dah. Semua Ada Disini

CONTOH RESUME KERJA KILANG

Dapatkan contoh resume kerja kilang dan anda boleh tambahkan maklumat anda yang relevan dengan jawatan yang dipohon ya!

Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat

Anda juga boleh download contoh resume dipautan ini seterusnya update dengan maklumat anda.

RESUME KERJA KILANG

Anda juga boleh mendapatkan format resume untuk lepasan graduan dan sekolah menengah dengan memasukkan maklumat penting seperti yang dikongsikan disini.

Ingat, apa jua pekerjaan yang dipohon, sertakan bersama resume untuk tujuan rujukan HR dan majikan anda. Mana tahu, rezeki anda dipanggil untuk bekerja hanya kerana resume yang dihantar penuh maklumat yang diperlukan oleh Majikan.

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

Semoga bermanfaat dan berjaya dalam permohonan kerja anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...