Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online, Tak Perlu Ke Bank

2,233

Tahun ni katanya ramai yang kena tukar kad debit Maybank kerana akan tamat tempoh dan lepas pada tarikh tu dah tak boleh nak guna dah kad debit tu.

Kalau nak pergi bank, mesti kena buat temujanji dahulu. Kalau tak, urusan akan menjadi lebih lambat pula!

Eh, tak payah! Anda boleh buat kad debit Maybank yang baru tanpa perlu ke kaunter bank! Buat secara online je seperti yang dikongsikan ini.

KAD DEBIT MAYBANK TAMAT TEMPOH

Cuba check tengok kad debit Maybank anda. Bila agaknya tarikh expired kad debit Maybank anda tu?

Risau juga tiba-tiba tak boleh nak keluarkan duit dari mesin ATM dan tak boleh untuk urusan bayaran bil yang dilakukan pembayaran secara debit.

Jika anda walk in ke mana-mana cawangan Maybank yang terdekat, terdapat kaunter khas tukar kad debit dibuka untuk urusan permohonan kad debit yang baharu.

Bagi anda yang rasa malas nak ke kaunter Maybank pula, bolehlah apply secara online sahaja. Macam mana nak buat tu?

CARA TUKAR KAD DEBIT YANG EXPIRED SECARA ONLINE?

Mudah je kalau nak tukar kad debit Maybank anda yang expired tu secara online. Apa yang penting, ikuti sahaja cara-cara membuat pertukaran kad debit secara online disini.

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online, Tak Perlu Ke Bank

  • Masukkan Username anda dan Login
  • Kemudian pergi ke bahagian Settings dan pilih Card.

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online, Tak Perlu Ke Bank

  • Seterusnya pilih bahagian Replacement.

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online, Tak Perlu Ke Bank

Cara Tukar Kad Debit Tamat Tempoh Secara Online, Tak Perlu Ke Bank

  • Tunggu kad debit anda yang baharu dihantar ke rumah.

Tak perlu dah susah payah ke kaunter bank. Buat semuanya secara online dan tunggu kad sampai di rumah.

Lepas tu, pergi ke mesin ATM dan boleh guna dah!

Jadi, kalau dah tahu tu jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain.

Kalau nak buat kad debit anda guna gambar sendiri pun boleh. Klik je pautan kat bawakh tu dan buat je secara online.

6 Cara Buat Kad ATM Maybank Pakai Gambar Sendiri. Cantik Rupanya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...