Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pekerja Part Time Je! Tapi Ketahui Hak Anda Walaupun Sebagai Pekerja Part Time Sahaja

2,381

Majikan atau staf yang berjawatan tetap jangan sesekali memandang rendah dan membuat perkara yang tidak sepatutnya kepada pekerja part time ya!

Ini kerana pekerja part time juga mempunyai hak-hak mereka sepertimana yang telah termaktub di dalam Akta Kerja 1955.

Bagi pekerja part time atau sambilan yang belum tahu hak-hak anda, sila ambil tahu sekarang melalu iartikel yang dikongsikan oleh peguam ini.

SIAPA PEKERJA SAMBILAN/PART TIME?

Pekerja sambilan/part time adalah pekerja yang:

  • Bekerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.

Contoh:

  • Dalam syarikat Y, pekerja biasa kerja 8 jam. Manakala Ali sebagai pekerja part-time dalam syarikat Y, waktu kerja biasa dia adalah antara 3-5 jam sahaja (lebih kurang).

10 HAK PEKERJA SAMBILAN/PART TIME

Terdapat 10 hak pekerja sambilan/part time yang termaktub di dalam AKTA KERJA 1955 iaitu:

1. Akta Kerja 1955

  • Selain Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 juga terpakai kepada pekerja part-time.

Pekerja Part Time Je! Tapi Ketahui Hak Anda Walaupun Sebagai Pekerja Part Time Sahaja
2.Bayaran OT [Peraturan 5(1)]

  • Pekerja part-time boleh dapat bayaran OT kalau dia kerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa.
  • Kita ikut contoh Ali dalam syarikat Y tadi.Kalau Ali kena kerja extra 2 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 7 jam. Extra 2 jam tu akan dibayar sama dengan gaji sejam biasa dia.
  • Tapi kalau dia kena kerja extra 5 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 10 jam, lebih dari 8 jam waktu kerja pekerja biasa.
  • Extra 2 jam tu Ali akan dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam biasa dia.

3. Cuti Minimum [Peraturan 6(1)]

  • Pekerja part-time berhak untuk dapat minimum 7 hari cuti umum berbayar.

4. Cuti Tahunan (Annual Leave) [Peraturan 7(1)]

  • Kerja lebih setahun tapi kurang 2 tahun: 6 hari
  • Kerja lebih 2 tahun: 8 hari
  • Kerja lebih 5 tahun: 11 hari

5. Bayaran Cuti Tahunan [Peraturan 7(4)]

  • Jika pekerja part-time diberhentikan, majikan wajib bayar cuti tahunan yang masih belum digunakan, kecuali jika pekerja dipecat sebab salah laku.

6. Cuti Sakit Berbayar [Peraturan 8(1)]

  • Kerja kurang dari 2 tahun: 10 hari
  • Kerja lebih dari 2 tahun tapi kurang 5 tahun: 13 hari
  • Kerja lebih 5 tahun: 15

7.  Double Pay [Peraturan 9(2)]

  • Jika pekerja part-time kena kerja pada Hari Rehat, dia mesti dibayar gaji sebanyak 2 hari untuk hari tersebut.

8. Pemberhentian Kerja

  • Seperti pekerja tetap, pekerja part-time juga tidak boleh diberhentikan oleh majikan tanpa alasan yang kukuh.

9. Aduan

  • Jika diberhentikan secara tidak adil, pekerja part-time juga berhak untuk buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes pembuangan kerja tidak adil.

10. Denda Majikan

  • Jika majikan gagal patuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan didapati bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.

Sekarang ni anda dah tahu kan hak-hak anda walalupun sebagai pekerja part time kan?

Sekiranya anda masih lagi mencari pekerjaan, anda boleh buat pendaftaran di laman-laman web berikut:

  1. SPA9
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 
  3. MyFutureJobs

Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain biar semua tahu hak-hak anda sebagai seorang pekerja walaupun anda bekerja secara sambilan sahaja.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...