Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Cara Buat Semula Geran Kenderaan Hilang

3,100

Nak renew roadtax tetapi geran kenderaan pula cari-cari belum jumpa! Tarikh untuk renew roadtax dah semakin dekat.

Macam mana nak buat ni? Lagipun dokumen ni sangat penting selain daripada urusan renew roadtax seperti claim insurans, proses jual beli dan sebagainya.

Kalau begitu, anda boleh dapatkan semula geran kenderaan anda melalui 3 cara yang akan dikonsgikan ini. Bolehlah senyum semula ya!

3 CARA DAPATKAN SEMULA GERAN KENDERAAN YANG HILANG & ROSAK

Bagaimanakah caranya untuk dapatkan semula geran kenderaan yang hilang dan rosak?

Ini adalah 3 cara dapatkan semula geran kenderaan anda yang hilang dan rosak:

1. Kaunter JPJ

Antara urusan yang paling biasa dilakukan oleh pemilik kenderaan apabila mendapati geran kenderaan rosak atau hilang ialah dengan hadir ke kaunter JPJ. Apa yang perlu dibawa semasa berurusan di kaunter JPJ untuk dapatkan semula geran kenderaan anda?

Pastikan anda membawa dokumen ini ya!

Pemilik Kenderaan

  • Borang Senarai Semak Salinan Geran. (1 salinan)
  • Salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap. (2 Salinan)
  • Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  • Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  • Fi yang telah ditetapkan.

Wakil Atau Waris Pemilik Kenderaan

  • Borang Senarai Semak Salinan Geran. (1 salinan)
  • Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.(2 salinan)
  • Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan.
  • Salinan Identiti Pengenalan Diri waris.
  • Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi Kuasa.
  • Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan.
  • Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya.
  • Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja).
  • Fi yang telah ditetapkan.

Juga boleh dapatkan borang-borang yang diperlukan disini ya.

Nak dapatkan nombor giliran dengan lebih awal untuk urusan di kaunter JPJ dengan JPJeQ, klik sini dan dapatkan nombor giliran anda ya!

2. Kiosk JPJ

Kalau anda tak nak berurusan di kaunter JPJ dan ingin jimatkan masa pula, boleh je dapatkan geran kenderaan yang baharu di Kiosk JPJ sahaja. Tetapi, pastikan debit kad anda mempunyai baki yang mencukupi ya!

Cara-cara untuk dapatkan geran kendeaan melalui Kiosk JPJ adalah seperti berikut:

  • Masukkan kad pengenalan untuk pengesahan.
  • Lakukan imbasan cap jari kanan.
  • Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan daripada menu.
  • Masukkan kad debit dan no PIN.
  • Bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya.

3. Bank

Bagi pemilik kenderaan yang masih lagi belum menghabiskan bayaran pinjaman, anda boleh dapatkan salinan geran kenderaan anda di cawangan bank yang anda buat loan pembelian kenderaan.

Macam mana nak dapatkan geran kenderaan di cawangan bank? Ikut langkah-langkah ini ya!

  • Hadir ke cawangan tempat anda tandatangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan.
  • Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran.
  • Setelah nombor dipanggil, datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas.
  • Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan.

Jadi, tak perlu risau kalau geran kenderaan anda hilang atau rosak ya. Gunakan salah satu cara diatas untuk dapatkan semula geran kenderaan anda.

Geran Kenderaan Hilang? Ini 3 Cara Untuk Dapatkan Semula Geran Kenderaan Anda

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...