Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tatacara Urus Jenazah Pesakit Covid-19 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

1,016

Memandangkan semakin bertambahnya kematian akibat Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan tatacara urusan jenazah pesakit Covid-19 bertujuan untuk membendung penularan wabak berkenaan kepada orang lain.

KKM mengeluarkan panduan pengurusan jenazah Covid-19 kerana terdapat situasi di luar negara yang menyatakan jenazah pesakit ini tidak diurus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh agensi Kesihatan negara masing-masing.

Juga terdapat jenazah yang diuruskan mengikut SOP yang betul tetapi apabila dibawa pulang, jasad jenazah dibuka serta dicium oleh ahli keluarga dengan alasan penghormatan kali terakhir dan menyebabkan seluruh keluarga dijangkiti oleh virus berkenaan.

Tatacara Urus Jenazah Pesakit Covid-19 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

TATACARA PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 MENGIKUT AGAMA MASING-MASING

Tatacara pengendalian jenazah dibincangkan bersama Pakar Forensik KKM dan muzakarah bersama pihak JAKIM dan bagi jenazah bukan Islam pula perbincangan bersama persatuan agama-masing-masing.

Kajian saintifik dan laporan forensik hasil post-mortem membuktikan bahawa jenazah pesakit Covid-19, misalnya bendalir yang keluar daripada jenazah, mempunyai potensi kebolehjangkitan.

Oleh itu semua pihak perlu ikut SOP atau tatacara pengurusan jenazah pesakit Covid-19 seperti berikut:

  • Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk mengurus jenazah di rumah atau tempat lain sebaliknya jenazah akan diuruskan sepenuhnya di hospital.
  • Hanya seorang ahli keluarga dibenarkan untuk mengenal pasti jenazah dengan penjarakan satu meter dan memakai kelengkapan alat pelindung diri (PPE) dan tidak dibenarkan sama sekali mencium dan menyentuh jenazah.
  • Semua jenazah pesakit Covid-19 akan dibalut dengan sehelai linen putih dan dua lapisan beg mayat.
  • Lapisan paling luar beg mayat akan disanitasi dengan 0.5 peratus sodium hypochlorite. Selain itu, ahli keluarga dilarang untuk membuka beg mayat atau keranda yang ditutup.
  • Bagi jenazah Islam, ia perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan.
  • Pengendali jenazah diwajibkan memakai kelengkapan alat pelindung diri (PPE) dan mencuci tangan selepas melakukan tayammum untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan.
  • Bilangan individu yang menunaikan solat jenazah perlu dihadkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
  • Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan daripada pihak KKM dan ahli keluarga terdekat sahaja dinasihatkan hadir untuk pengebumian dan dikehendaki segera meninggalkan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.
  • Bagi jenazah bukan Islam, sekiranya terdapat upacara yang perlu dilakukan, prosedur hendaklah dilakukan seminima mungkin dan dilakukan di lapisan paling luar beg mayat. Mayat perlu segera dibakar atau dikebumikan mengikut agama masing-masing.
  • Bagi jenazah bukan Islam, sekiranya terdapat upacara yang perlu dilakukan, prosedur hendaklah dilakukan seminima mungkin dan dilakukan di lapisan paling luar beg mayat. Mayat perlu segera dibakar atau dikebumikan mengikut agama masing-masing.

Tatacara Urus Jenazah Pesakit Covid-19 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...