Apa Nak Buat Jika Anda Terlanggar Belakang Kereta Orang?

0

Alamak! Tak sengaja terlanggar kereta orang dari belakang. Apa nak buat ni?

Kes kereta langgar belakang antara kes kemalangan kecil paling biasa berlaku. Kadang kala ianya disebabkan kecuaian pemandu. Yang lebih teruk jika pemandu leka bermain telefon ketika memandu. Kecuaian yang tak dapat dimaafkan!

Sekiranya kes ini terjadi kepada anda, jangan panik! Sebaliknya ikut 14 tindakan bijak yang dikongsikan oleh peguam, Salkukhairi Abd Sukor ini.

Kereta Langgar Belakang Apa Nak Buat?

1. Jangan Panik

Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

Jika anda yang melanggar belakang kereta orang pun jangan panik kerana dari segi undang-undang (secara teknikalnya) anda tidak bersalah. Melainkan anda di laluan yang salah atau menukar lorong secara tiba-tiba. Sebaiknya keluar kereta dan ajak ke balai untuk selesaikan secara aman.

2. Berhentikan Kereta

Tolong alihkan kereta anda ke tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Ambil Gambar, Bukan Steering Lock

Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

4. Tegur Dengan Baik

Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

5. Tanya Dengan Baik

Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

6. Minta IC & Lesen Memandu

Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

7. Jangan Memaksa

Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

8. Jangan Minta Wang

Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

9. Ambil Nombor Telefon

Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

10. Buat Report Polis

Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

11. Claim Insurans

Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Klik sini untuk tutorial renew roadtax & insurans secara online

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!

Comments
Loading...