Apa Nak Buat Jika Terlupa Kata Laluan EZ Hasil LHDN? Ini Cara Dapatkan Semula Kata Laluan Anda

0 310

Pengenalan

Anda telah mendaftar secara online di LHDN tetapi terlupa kata laluan untuk mengakses laman web tersebut dan tidak tahu bagaimanakah caranya untuk dapatkan kata laluan tersebut.

Manakala pejabat LHDN seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Namun, LHDN mempunyai beberapa inisiatif antaranya perkhidmatan secara atas talian (online) iaitu platform ezHasil untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Terutamanya untuk proses semakan dan pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan bermula April 2020 nanti.

Cara Untuk Menetapkan Semula Kata Laluan

Bagi pembayar cukai atau pengguna yang terlupa kata laluan dan perlu menetapkan semula atau reset, LHDN memberikan panduan yang memudahkan pelanggan iaitu dengan menggunakan Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sahaja.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menetap semula kata aluan anda.

  1. Anda mestilah mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.
  2. Terdapat dua jenis kategori pengguna sijil digital iaitu:
  • Pengguna sijil digital individu
  • Pengguna sijil digital organisasi

Untuk pengguna sijil pengguna sijil digital individu:

  • HASILEF<jarak>IND<jarak><No Kad Pengenalan> dan hantar ke 38888
  • Contoh : HASILEF IND 82030035333

Untuk pengguna sijil pengguna sijil digital organisasi:

  • HASILEF<jarak>OEF<jarak><No Kad Pengenalan> dan hantar ke 38888
  • Contoh : HASILEF OEF 82030035333

Sampai Bila Boleh Reset Dengan Cara SMS?

Seperti kita sedia maklum, perkhidmatan ini telah diperkenalkan sepanjang tempoh PKP ini bermula dan ianya hanya boleh diguna pakai selama tempoh PKP dijalankan sahaja.

Siapakah Yang Boleh Menggunakan Perkhidmatan Ini?

Semua pengguna yang telah berdaftar dengan LHDNM dan ianya terhad kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi daripada syarikat Maxis,Celcom,Digi dan UMobile sahaja.

Bagaimana Jika Tidak Berjaya?

Anda tidak perlu risau kerana pegawai LHDN sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan menghubungi mereka di laman berikut : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/maklumBalas/

Anda juga boleh ke laman web atau hubungi di talian berikut :

  1. Laman web rasmi LHDN : www.hasil.gov.my
  2. Facebook rasmi LHDN :facebook.com/LHDNM
  3. Twitter rasmi LHDN : @LHDNMofficial
  4. Telefon LHDN : 03-8911 1000

smsreset

Comments
Loading...