Perkhidmatan Tren Rapid KL Percuma Untuk Warga OKU Hujung Minggu Ini

338

Hujung minggu ini golongan Orang Kurang Upaya (OKU)  akan menikmati tren Rapid KL secara percuma bersempena sambutan Hari OKU Kebangsaan. Ini adalah kerana pada setiap 3 Disember 2020 diiktiraf sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia.

Bersempena dengan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) turut menawarkan perkhidmatan tren Rapid KL percuma kepada pembantu kepada OKU bagi menggunakan kesemua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL.

Perkhidmatan Tren Rapid KL Percuma Untuk Warga OKU Hujung Minggu Ini

LALUAN REL KENDALIAN TREN RAPID KL PERCUMA OKU

Antara laluan rel kendalian Rapid KL percuma kepada golongan OKU ialah:

  • LRT Laluan Ampang/Sri Petaling
  • LRT Laluan Kelana Jaya
  • MRT Laluan Kajang
  • Laluan Monorel

GOLONGAN SASARAN TREN RAPID KL PERCUMA OKU

  • Tawaran itu diberikan kepada pemegang kad OKU tempatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Bersempena sambutan Hari OKU ini, Prasarana merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian khususnya Jabatan Pembangunan OKU atas segala usaha gigih mereka memperkasakan kesejahteraan kehidupan golongan istimewa ini.”

Masyarakat OKU turut menjadi penyumbang besar kepada proses pembangunan nasiona (nation building), justeru bagi mencapai aspirasi ini, Prasarana akan terus bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan kehidupan golongan tersebut terus terpelihara.

Perkhidmatan Tren Rapid KL Percuma Untuk Warga OKU Hujung Minggu Ini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...