Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Online, Khas Untuk Ambilan Guru PISMP 2020

4,272

eUKCG Online Ambilan Guru PISMP 2020

Berita baik buat calon yang berjaya layak menduduki UKCG, anda boleh membuat Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) kini, anda hanya perlu menduduki ujian ini secara online sahaja.

Bagaimanakah caranya untuk menduduki ujian ini secara online dan apakah syarat-syarat yang diperlukan?

Berikut beberapa maklumat penting sebagai panduan dan persediaan anda untuk menduduki UKCG secara online.

Syarat Kelayakan, Kriteria Dan Persediaan

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Calon yang terpilih diwajibkan menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan  :

Ujian Kelayakan Calon Guru ( UKCG) (Sesi Ujian Bertulis Atas Talian)

Ujian ini terdiri daripada :

  • Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan.

Nota : Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penghantaran VIideo Pengajaran (Pengenalan / Penyataan Hasrat Dan Sesi Demonstrasi Pengajaran / Bercerita)

  • Calon dikehendaki menghasilkan video pengajaran antara 5 ke 7 minit dan muat naik ke Youtube.
  • Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP. ( https://pismp.moe.gov.my/ )
  • Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang
    berjaya dipanggil saringan eUKCG.

Nota : Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

youtube

Pemilihan Calon

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel.

Nota : Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad.

Semakan Dan Tarikh-Tarikh Penting

Calon-calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut :

eukcg

Tarikh tertakluk kepada pindaan

Bagaimana Tahu Berjaya Atau Tidak?

Calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Semak Status Permohonan

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG. Penghantaran link/ url video pengajaran dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Perjanjian Pendidikan Guru

Sekiranya calon berjaya dan ditawarkan mengikuti program :

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada
    Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

perjanjian

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan dan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari portal rasmi PISMP iaitu : https://pismp.moe.gov.my/maklumat_penting.cfm

Sumber :

  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...