Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Rider Di Warong Rider. Ini Cara Mohon

2,223

Ada motorsikal, kereta, basikal dan dron tak? Jika ada salah satu daripada medium berkenaan, apa kata jom jana pendapatan dengan Warong Rider melalui Program Micro Connector mulai sekarang.

Program Micro Connector ini merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM)memperkenalkan Warong Rider iaitu satu platform yang menawarkan khidmat penghantaran bagi penjaja dan peniaga kecil.

PEMBIAYAAN OLEH SME CORP

Penyertaan oleh Belia B40 sangat dialu-alukan dan SME Corp akan membiayai sebahagian kos penyertaan mereka dan penunggang yang menyertai platform tersebut akan dibekalkan dengan kit permulaan terdiri daripada:

  • Beg penghantaran
  • Pakaian seragam bernilai RM250

Kedua-dua kos kit permulaan tersebut dibiayai oleh SME Corp sebanyak 70%.

TUJUAN INISIATIF WARONG RIDER

Untuk pengetahuan anda, Warong Rider ini diwujudkan adalah bertujuan untuk:

  • Membantu usahawan dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil dalam menggunakan perkhidmatan mereka.
  • Menjana peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya belia yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

 Jom Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Rider Di Warong Rider

CARA MENDAFTAR SEBAGAI RIDER WARONG RIDER

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar sebagai rider Warong Rider, anda perlu:

  • Kemudian klik DOWNLOAD NOW bagi pengguna android. Bagi penggina iOS, aplikasi masih lagi sedang dikemaskini.
  • Seterusnya, lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan hantar borang tersebut secara online.
  • Tunggu anda dipanggil untuk latihan dan seterusnya bekerja bersama Warong Rider.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN WARONG RIDER

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Warong Rider ialah:

  • Penghantaran bungkusan
  • Penghantaran makanan dan minuman
  • Penghantaran dokumen
  • Penghantaran ubat-ubatan
  • Serta lain-lain mengikut terma dan syarat

 Jom Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Rider Di Warong Rider

Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan medium seperti berikut:

  • Kereta
  • Basikal
  • Dron

Dan ianya di caj dengan harga yang berbeza serta mengikut jarak per kilometer.

 Jom Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Rider Di Warong Rider. Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Nak tahu cara menjadi Rider di Warong Hunter dengan lebih jelas? Sila hubungi Warong Hunter di:

  • CONTACT US
  • WARONG RIDER HQ
    ​NO 1, JLN SETIA DAGANG AL U13/AL,
    40170 SHAH ALAM,
    SELANGOR
  • Telefon: 03 5032 8510
  • Email : [email protected]
  • Whatsapp : +6017 676 9201
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...