Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan Tahun 2021. Ini Cara Kiraannya Yang Anda Perlu Ambil Tahu

3,561

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda iaitu membuat bayaran zakat pendapatan bagi tahun 2021? Ini kerana anda wajib membayar zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji anda.

Tidak tahu cara untuk membuat bayaran zakat pendapatan? Jangan risau kerana segalanya adalah dihujung jari sahaja dimana anda boleh membuat bayaran zakat secara online sahaja seterusnya membuat cetakan untuk simpanan anda.

Untuk memudahkan anda, teruskan membaca perkongsian mengenai cara mengira zakat pendapatan seperti yang dikongsikan oleh PPZ-MAIWP ini.

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN TAHUN 2021

Untuk pengetahuan anda, peratusan zakat yang dibayar adalah sebanyak 2.5% sahaja daripada jumlah pendapatan ataupun simpanan anda. Rujuk gambar dibawah untuk lihat cara kiraan zakat pendapatan anda.

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan Tahun 2020. Ini Cara Kiraannya Yang Anda Perlu Ambil Tahu

CONTOH 1

Zakat ialah sebanyak RM1200 setahun. Sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan)

CONTOH 2

Zakat ialah sebanyak RM358 setahun.Sebulan hanya RM29.90.

ZAKAT KALKULATOR

Anda juga boleh mengira zakat pendapatan melalui online seperti berikut:

  • Klik KALKULATOR ZAKAT PENDAPATAN untuk buat kiraan atau semakan jumlah zakat secara online.
  • Masukkan maklumat jumlah pendapatan atau gaji tahunan anda.
  • Masukkan jumlah perbelanjaan tahunan anda.
  • Paparan jumlah zakat yang perlu dibayar pada skrin anda.
  • Setelah berpuas hati, klik BAYAR ZAKAT. Klik CETAK untuk simpanan anda.

Jangan Lupa Bayar Zakat Pendapatan Tahun 2020. Ini Cara Kiraannya Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Selain daripada zakat pendapatan, anda juga boleh membuat kiraan zakat-zakat lain seterusnya membuat bayaran zakat. Antara zakat tersebut ialah:

  1. Zakat Perniagaan
  2. Zakat Saham
  3. Zakat Emas
  4. Zakat Perak
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Wang Simpanan

PANDUAN LOGIN SISTEM PORTAL ZAKAT PPZ-MAIWP

Rujuk panduan login Sistem Portal Zakat PPZ-MAIWP di sini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk dapatkan maklumat dan info selanjutnya, anda boleh terus menghubungi talian zakat PPZ-MAIWP di :

  • Hotline: 1-300-88-5757

Atau

  • Terus ke kuanter Pusat Zakat Negeri yang terdekat dengan anda.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...