Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Petua Halau Semut Secara Semulajadi Tanpa Menyakiti

2,280

Banyaknya Semut

Pening kepala memikirkan bagaimana untuk menghalau semut. Habis makanan dimakan semut. Air yang baru dimasak pun penuh dengan semut.

Kaum ibu paling stres sekali memikirkan cara untuk menghalau semut dari rumah dan kalau boleh tidak mahu bertindak kejam dengan membunuh semut-semut tersebut.

10 Cara Halau Semut Secara Semulajadi

Bimbang menyakiti dan membunuh semut, mari kita lihat 10 cara untuk menghalau semut keluar dari rumah dengan menggunakan bahan semulajadi.

1. Timun

Semut tidak suka dengan bau timun. Anda boleh potong timun halus-halus atau anda kisar dan letakkan timun di sarang semut.

timun2

2. Garam Atau Lada

Anda boleh letakkan garam atau lada dilaluan semut atau anda boleh hancurkan kedua-dua bahan dan campurkannya ke dalam air dan anda boleh sembur ke sarang semut. Semut akan lari dari tempatnya kerana tidak suka dengan bau kedua-dua bahan tadi.

garam n lada

3. Serbuk Kopi

Taburkan serbuk kopi ditempat semut berkumpul dan bersarang. Juga sesuai diletakkan ditanaman anda kerana ianya tidak berbahaya pada tanaman. Semut tidak akan datang lagi kerana tidak menyukai bau aroma kopi.

kopi2

4. Cuka

Campurkan cuka ke dalam air dan larutkan ia. Masukkan ke dalam bekas penyembur dan sembur ditempat laluan semut atau sarang semut.

cuka-putih

5. Air Limau Nipis

Perah limau nipis disarang semut atau dilaluan semut. Semut lari, dapur juga berbau wangi.

limaunipis

6. Daun Sirih

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

daunsirih

7. Kulit Telur

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

kulittelur ayam

8. Kulit Kayu Manis Dan Bunga Cengkih

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari. Jika ada cinnamon essential oil, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Semut hilang, rumah pun wangi.

kulitkayumaniscengkih

9. Air Cili Kering

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut atau anda letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

cilikering

10. Daun Pandan

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Gula dan beras wangi, semut pun tiada.

daunpandan

Diharap dengan perkongsian ini, anda tidak menjadi pembunuh semut dan anda tidak melakukan sebarang pembaziran untuk membeli racun semut yang boleh membahayakan kesihatan anda.

Jangan lupa untuk mencuci dapur dan rumah anda. Rumah bersih, semut pun tiada.

Sumber :

  • siraplimau
  • bidadari.my
  • keluarga.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...