Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

1,970 Jawatan Kosong Di Negeri Perak. Anak Negeri Disarankan Mohon Segera

1,348

1,970 JAWATAN KOSONG DI NEGERI PERAK. ANAK NEGERI DISARANKAN MOHON SEGERA

Berita baik buat anak negeri Perak Darul Ridzuan dimana terdapat 1,970 kekosongan jawatan dalam pelbagai industri yang memerlukan penempatan segera yang boleh dimohon dan diisi oleh rakyat Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata mereka yang sedang mencari pekerjaan diseru mengambil peluang yang ditawarkan oleh industri melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Beruntung anak negeri Perak kerana boleh mengambil peluang ini untuk berkhidmat di negeri sendiri dan anda disarankan untuk mengisi kekosongan ini dengan kadar yang segera.

1,970 JAWATAN KOSONG DI PELBAGAI SEKTOR PEKERJAAN

Untuk pengetahuan, terdapat 2,247 jawatan kosong dimaklumkan kepada PASAK bermula Jun sehingga September lalu meliputi sektor :

  • Pembuatan : 770 kekosongan
  • Automotif : 881 kekosongan
  • Perkhidmatan : 122 kekosongan
  • Lain-lain : 474 kekosongan

Tetapi sayangnya, hanya 277 pencari kerja yang berjaya atau disenarai pendek oleh industri sehingga kini daripada sejumlah 1,664 pencari kerja yang mendaftar di bawah PASAK.

Jadi, masih terdapat 1,970 kekosongan jawatan kosong yang boleh dimohon dan diisi oleh rakyat negeri Perak.

Industri menghadapi masalah kekurangan permohonan daripada warga tempatan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan khususnya untuk perjawatan sokongan dalam industri pembuatan.

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN JANGKA PENDEK

Peluang latihan kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh kerajaan negeri harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kebarangkalian mereka untuk diterima bekerja atau menceburi bidang keusahawanan dalam industri kecil dan sederhana.

Kerajaan negeri juga mengambil pendekatan jangka pendek dan panjang dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kehidupan rakyat khususnya dalam membawa peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri selain komited dalam memfokuskan peningkatan modal insan dalam bidang kemahiran.

1,970 Jawatan Kosong Di Negeri Perak. Anak Negeri Disarankan Mohon Segera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Bagi anda yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui PASAK, sila hubungi :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...