Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

2 Kategori Individu Bujang Yang Perlu Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Untuk Terima RM800 atau RM500 Dan Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Bagi Individu Bujang

0 1,509

Pengenalan

Hari ini 1 April 2020 dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dibuka untuk permohonan secara online.

Seperti sedia maklum, Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40 termasuk golongan bujang.

Apakah Kriteria Kelayakan Permohonan Bagi Golongan Bujang?

Berikut adalah kriteria kelayakan bagi golongan bujang:

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
    Pendapatan (BNCP).
  • Sila rujuk carta di bawah:

bujang

Sumber : https://www.treasury.gov.my/

Adakah Benar Golongan Bujang Ada 2 Kategori?

Ya,benar.

Bagi permohonan golongan bujang terdapat 2 kategori iaitu:

1. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Menerima bantuan sebanyak RM800
  • Bayaran pertama : RM500 pada bulan April 2020
  • Bayaran kedua : RM300 pada bulan Mei 2020

2. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Menerima bantuan sebanyak RM500
  • Bayaran pertama : RM250 pada bulan April 2020
  • Bayaran kedua : RM250 diberi pada bulan Mei 2020

bujang2

Sumber : https://www.treasury.gov.my/

Siapa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Mendaftar?

Perlu mendaftar:

  • Individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000 ke bawah dan pendapatan RM2001 ke RM4000 sekiranya belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan belum mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

kategori

Tidak Perlu Mendaftar:

  • Individu bujang berumur 40 tahun ke atas berpendapatan RM2000 ke bawah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH).
  • Individu bujang  berpendapatan RM2001 hingga RM4000 pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM.

bujang bpn1

bujangbpn2

 

Bagaimanakah Dan Bila Untuk Mendaftar ?

Anda hanya perlu layari portal rasmi berikut untuk pendaftaran permohonan:

Anda boleh mendaftar pada hari ini 1 April 2020 secara online dengan melayari portal rasmi diatas.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...