Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Kaedah Tanam Caladium Untuk Hasilkan Baka Yang Terbaik

1,688

Pokok Caladium berada dalam keluarga tumbuhan tropika yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Pokok jenis ini senang untuk dijaga kerana ianya sesuai dengan iklim negara ini iaitu panas dan lembab. Ia perlu diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok dan pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.

Pokok ini menjadi viral dan jika di kampung hanya dipanggil dengan panggilan Pokok Keladi sahaja. Keladi bukan sebarang keladi, semakin rare, semakin mahal harganya.

3 Kaedah Tanam Caladium Untuk Hasilkan Baka Yang Terbaik

3 KAEDAH TANAM / PEMBIAKAN CALADIUM

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pokok Caladium / Keladi ini mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Jika mahu membuat pembiakan pokok ini, pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk ditanam.

1. KAEDAH MATA TUNAS

Mata tunas utama dibuang untuk menggalakkan mata tunas baru muncul pada keseluruhan ubinya. Dengan kaedah ini, ia akan menghasilkan rimbunan yang meriah di antara 3 hingga 4 pokok dapat dihasilkan hasil dari mata tunas yg banyak. Pokok yang dihasilkan pula adalah dari daun saiz kecil hingga sederhana.

2. TEKNIK CINCANG UBI

Selepas anda memotong ubi kepada beberapa bahagian, biarkan bahagian yang dipotong itu kering dahulu sebelum ditanam. Rimbunan yang kurang pula akan menghasilkan satu pokok sahaja biasanya. Ini adalah kerana ia terhasil dari pembelahan ubi yang bersaiz lebih kecil dan mata tunas yang hanya muncul satu sahaja. Untuk pengetahuan anda, saiz daun yang kecil adalah berasal daripada bahagian ubi yang bersaiz kecil.

3. KAEDAH TANAM UBI ASAL

Jika anda tanam dengan menggunakan ubi yang asal dan secara normal, ia akan menghasilkan 2 hingga 4 helai daun dari satu mata tunas utama dan daun yang dihasilkan adalah lebih besar dari biasa.

3 Kaedah Tanam Caladium Untuk Hasilkan Baka Yang Terbaik

Jadi, anda boleh pilih kaedah yang mana sesuai untuk membuat pembiakan pokok Caladium serta baka yang jauh lebih baik.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...